top of page

Lawatan kerja ke Tokyo bawa pulang pelaburan RM6.56 bilion



Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lawatan kerja beliau ke Jepun berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM6.56 bilion sekali gus disifatkannya berjaya dan membanggakan.


Perdana Menteri (PM) berkata pertemuan dengan pelbagai pihak termasuk rakan sejawat Fumio Kishida jelas menunjukkan hubungan Malaysia-Jepun kini menyaksikan anjakan baharu dari segi kerjasama pelaburan, perdagangan, pendidikan dan teknologi.


"Terima kasih kepada semua pihak yang terkait dan telah menjayakan lawatan ini. Moga hasil lawatan ini membawa manfaat kepada kita semua. Sayonara!," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


Terdahulu Anwar berkata beliau sewaktu menyantuni diaspora Malaysia di Tokyo dalam sesi santai minum petang semalam, menyentuh keperluan untuk mengubah minda dan membebaskan diri daripada permusuhan kaum dan agama yang menjejaskan perpaduan.


"Tidak kira di mana rakyat Malaysia berada, permusuhan kaum dan agama perlu dihindari mahupun dinoktahkan bagi memperkukuh hubungan kita semua dalam membina sebuah negara maju," katanya.


PM bersama tokoh tokoh industri dan kewangan JepunUsai Mesyuarat Pemimpin Asia bagi Komuniti Pelepasan Karbon Sifar Asia

Anwar mengadakan lawatan kerja ke negara Matahari Terbit itu sempena Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun pada 17 Disember lalu untuk meraikan 50 tahun persahabatan dan kerjasama.


Sempena sidang kemuncak itu, Anwar dan delegasi Malaysia bersama pemimpin utama ASEAN dan Australia turut hadir ke Mesyuarat Pemimpin Asia bagi Komuniti Pelepasan Karbon Sifar Asia (AZEC).


Turut serta isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hassan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.


Dalam pada itu, dalam sidang akhbarnya, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata jumlah RM6.56 bilion itu merupakan tambahan kepada potensi pelaburan bernilai RM23 bilion semasa lawatan delegasi Malaysia ke Jepun sebelum ini pada Jun.


Potensi pelaburan kumulatif daripada lawatan ke Jepun pada tahun ini berjumlah RM29.56 bilion.


Tiga syarikat korporat Jepun Rohm Wako, NEC Co Ltd dan Mitsui & Co yang telahpun mempunyai pelaburan di Malaysia juga menunjukkan kesediaan untuk menambah pelaburan mereka.


Perdana Menteri berkata potensi pelaburan itu kemungkinan dalam bentuk pelaburan baharu ataupun mengembangkan pelaburan sedia ada.


Pada Sabtu lepas Anwar mengadakan pertemuan bersemuka dengan tiga syarikat korporat Jepun serta sesi persidangan meja bulat dengan pelbagai peneraju industri di negara matahari terbit tersebut.


Sementara itu, Tengku Zafrul berkata potensi pelaburan baharu melibatkan sektor tenaga boleh baharu, elektrik dan elektronik, kimia serta ekonomi digital.


* Kredit foto: Sadiq Asyraf/PMO

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page