top of page

Lawatan keluar negara berjaya, Malaysia terima pelaburan lumayan



Lawatan keluar negara Perdana Menteri (PM) yang dipertikaikan pembangkang sebagai 'berjalan ke sana sini' hakikatnya telah berjaya membawa masuk pelaburan langsung asing ke Malaysia.


Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) dalam jawapannya di Dewan Rakyat hari ini berkata, siri lawatan berkenaan telah membuahkan nilai pelaburan yang amat lumayan.


"Sejak menjawat jawatan, saya hadir beberapa persidangan termasuk di ASEAN, PBB, 17 lawatan keluar negara termasuk negara ASEAN, China, Amerika Syarikat, UAE, Arab Saudi


"Ke China Mac 2023, potensi pelaburan RM170 bilion dan esok Geely akan bersama saya ke Tanjung Malim untuk melaksanakan penambahan projek besar besaran automotive hitech valley. Dengan sendirinya menyangkal kebimbangan bahawa pengumuman itu tidak semestinya dilaksanakan.


"Begitu juga bila Ellon Musk menjanjikan ibu pejabat (Tesla Malaysia) di Cyberjaya, itu dijangka siap bulan ini juga," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Tan Kar Hin (PH - Gopeng)


Tambah PM, sewaktu menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu di Amerika Syarikat bulan lalu beliau telah menerima RM47 bilion nilai pelaburan daripada gergasi teknologi Barat antaranya Google, Boeing, Airbus dan sebagainya.


Terakhir, katanya, lawatan ke UAE juga berhasil mendapat komitmen daripada Perdana Menteri negara itu untuk kerjasama pelaburan syarikat milik negara, Abu Dhabi Future Energy Company berjumlah RM40.6 bilion. Bagi pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui Malaysia telah mendapat pelaburan membina stesen janakuasa 10 gigawatt. Juga RM21 bilion pelaburan dalam sektor logistik dan dan RM709 juta sektor aero-angkasa.


"Hal sedemikian berlaku kerana kecekapan rakan rakan di kementerian MITI dan juga luar negara.


"YB harus juga faham, untuk pelaksanaan itu disuarakan kebimbangan. Bila (pelaburan) diluluskan kadang kadang ease of doing business itu masih ada masalah.


"Itu saya telah menetapkan supaya kita lakukan perubahan mendadak, bukan sahaja one stop centre di MITI tetapi juga Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Pelaburan dan Perdangangan di bawah Menteri MITI dengan kerjasama JPM.


"Ini akan mempastikan projek diluluskan dengan kadar segera," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page