top of page

Lawatan ke Parlimen semai semangat kepimpinan Wanita KEADILAN Johor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 10 hours ago
  • 1 min read

Wanita KEADILAN Negeri Johor berkunjung ke Parlimen untuk memahami fungsi institusi Parlimen
Wanita KEADILAN Negeri Johor berkunjung ke Parlimen untuk memahami fungsi institusi Parlimen

Oleh: Azuan Ab Rahman


Lawatan Wanita KEADILAN Negeri Johor ke Parlimen Malaysia baru-baru ini menjadi manifestasi komitmen parti dalam melahirkan barisan pemimpin wanita berwawasan, berjiwa patriotik dan memahami tanggungjawab sivik sebagai pewaris kepimpinan masa depan negara.


Ketua Wanita KEADILAN Pasir Gudang, Noraziah Mohd Razit berkata, pendedahan secara langsung terhadap perjalanan sidang Dewan Rakyat memberi pengalaman berharga kepada peserta untuk memahami fungsi institusi Parlimen sebagai medan perbahasan dasar dan pentas memperjuangkan isu rakyat.


"Lawatan ini bukan sekadar pengisian ilmu, tetapi pendedahan berharga mengenai proses pentadbiran negara, sistem demokrasi serta fungsi Parlimen.


"Para peserta berpeluang menyaksikan sendiri sidang Dewan Rakyat, mendalami peranan Ahli Parlimen dalam menggubal dasar serta membahaskan isu-isu rakyat," katanya.


Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Negeri Johor juga menegaskan, inisiatif tersebut mencerminkan iltizam Wanita KEADILAN untuk terus memperkukuh peranan wanita dalam arena politik dan kepimpinan negara.


"Wanita bukan lagi sekadar penggerak di belakang tabir, tetapi pembawa suara perubahan untuk mengangkat martabat rakyat,


"Kami juga mampu menjadi peneraju dalam memperjuangkan suara rakyat dan masa depan negara," ujarnya.


Menerusi hantaran sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Wanita KEADILAN Negeri Johor, Noor Fatimah Yusoff, Timbalan Ketua, Lsw Loh, serta seluruh jawatankuasa atas kepimpinan dan sokongan padu yang menjayakan lawatan tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page