top of page

Lawatan ke Arab Saudi tanda hubungan rapat PM - Putera Salman



Seorang penganalisis politik menyifatkan lawatan rasmi kali keempat Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi sebagai menandakan hubungan rapat beliau dengan Putera Mahkota negara berkenaan yang juga Perdana Menteri Mohammed bin Salman.


Felo Penyelidik Utama di Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Zaid Ahmad melalui satu kenyataan berkata, kehadiran Anwar ke Arab Saudi melalui jemputan peribadi Putera Mahkota juga mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri sebagai salah satu suara utama negara-negara membangun.


Tambahnya, walaupun Anwar sudah mencipta nama dan mendapat perhatian susulan kritikan kerasnya terhadap hipokrasi negara-negara Barat dalam isu Palestin, ucapannya di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh terus menarik perhatian.


"Anwar menegaskan kuasa ekonomi utama (antarabangsa) tidak boleh memberi arahan kepada negara lain termasuk Malaysia untuk menurut sahaja kehendak mereka.


"Mereka mesti mematuhi peraturan negara berkenaan dan tidak mengenakan sebarang syarat atau tuntutan yang menjejaskan hala tuju dan dasar ekonomi negara," katanya dipetik sebagai mengulas ucapan Anwar di sesi pembukaan persidangan pleno berkenaan.


Sementara itu tambah Dr Zaid, forum antarabangsa seperti Mesyuarat Khas WEF adalah penting kerana ia membolehkan Anwar menegaskan pendirian Malaysia dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia, terutama kerana suaranya semakin dilihat mewakili suara banyak negara lain.


Mengulas mengenai peluang pelaburan yang terhasil dari lawatan itu, beliau berkata, Anwar bersama delegasinya telah mengadakan beberapa mesyuarat penting dengan pemimpin-pemimpin global dalam misi meneroka pelbagai peluang-peluang ekonomi di samping menarik pelaburan baharu ke negara ini.


Penjelasan Anwar yang cukup meyakinkan mengenai peluang perdagangan serta pelaburan yang luas di sana, katanya, menyebabkan banyak pemimpin industri dan perniagaan yang hadir menyatakan minat untuk melabur di Malaysia dalam pelbagai bidang.


"Semua ini adalah bukti bahawa Anwar adalah ‘jurujual’ terhebat Malaysia, dan dengan suaranya yang semakin kuat dalam forum antarabangsa, beliau kini semakin diiktiraf sebagai salah seorang jurucakap tertinggi negara dunia ketiga," katanya.


0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page