top of page

Lawatan berhemat: Berterima kasihlah kepada kebijaksanaan PMX



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Di sebalik keghairahan banyak pihak terus mempertikaikan isu lawatan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, apa yang mereka harus sedar ialah kerajaan telah menjimatkan penggunaan wang rakyat.


Sebagaimana yang dijelaskan oleh Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, kos penggunaan pesawat khas bagi lawatan ke lima negara minggu lalu ialah RM6.162 juta.


Tetapi kos yang ditanggung kerajaan hanyalah RM1.662 juta atau bersamaan 27 peratus manakala bakinya 73 peratus lagi atau RM4.5 juta adalah dibayar oleh delegasi perniagaan yang turut menyertai lawatan bersama Perdana Menteri itu.


"Penting untuk saya menjelaskan bahawa kerajaan tetap membayar kos penerbangan untuk Perdana Menteri dan ia tidak dibiayai oleh mana-mana syarikat," katanya lagi.


Jimat RM900 ribu


Menurutnya, dengan sewaan khas pesawat Malaysia Airlines (MAS) A350 itu, kerajaan menikmati penjimatan sebanyak RM900,000 berbanding jika menggunakan pesawat khas sedia ada yang mana kosnya mencecah RM2.5 juta.


"Kerajaan tetap mengeluarkan kos sebanyak RM1.662 juta manakala bagi semua urusan penginapan, makanan dan pengangkutan ia diuruskan oleh kerajaan atau penganjur bagi acara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20).


"Jadi tidak timbul isu bahawa penginapan, makanan, minum, penerbangan Perdana Menteri ditanggung oleh syarikat swasta," katanya.


Anwar pada Khamis menjelaskan, kira-kira 70 hingga 80 peratus kos perjalanan dan lawatan bersama delegasi Malaysia ke lima negara iaitu China, Arab Saudi, Mesir, Peru dan Brazil ditanggung oleh syarikat swasta yang mengikuti urusan itu.


Lawatan rasmi


Katanya, pendekatan tersebut dilaksanakan di bawah pentadbirannya untuk memastikan perbelanjaan membiayai lawatan rasmi ke luar negara diuruskan secekap mungkin.


Melalui apa yang dilakukan Perdana Menteri dan sebagaimana dijelaskan lebih lanjut oleh Fahmi, jelas dapat dilihat bahawa keutamaan Anwar ialah menjimatkan perbelanjaan kerajaan.


Ertinya, selain tidak mengambil gaji Perdana Menteri kerana ingin menjimatkan wang kerajaan, Anwar sentiasa memikirkan pelbagai cara lain untuk maksud yang sama.


Dengan kos perjalanan lawatan ke luar negara berjaya dijimatkan, bermakna lebih banyak negara boleh dilawati Anwar selepas ini untuk tujuan menarik pelaburan atau mengeratkan hubungan dua hala dengan negara-negara yang dilawatinya, tetapi dengan kos yang lebih rendah.


Tidakkah dengan apa yang dilakukan Perdana Menteri itu, rakyat Malaysia sepatutnya berterima kasih kepada Anwar?

______________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page