top of page

Lawatan Anwar ke China buka peluang pelaburan baharu - Penganalisis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 31, 2023
  • 1 min read


Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China amat signifikan kepada pengukuhan hubungan dua hala kedua-dua negara.


Dekan Nottingham University Business School China, Prof Khong Kok Wei berkata lawatan itu dapat meningkatkan kerjasama dalam sektor perdagangan, pelaburan dan pelancongan antara kedua buah negara selain membuka peluang pelaburan dalam pelbagai sektor termasuk infrastruktur, tenaga dan teknologi.

Menyifatkan China sebagai kuasa ekonomi dan politik utama dunia, beliau turut berkeyakinan lawatan tersebut juga mampu mengukuh kedudukan Malaysia sebagai rakan dagang penting buat negara itu yang seterusnya memberi kesan positif terhadap negara.

"Penerimaan Anwar Ibrahim oleh orang Cina akan bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk pendirian politiknya, sifat lawatannya, dan faedah yang dirasakan daripada kerjasama ekonomi antara Malaysia dan China.


"Jika lawatan Anwar Ibrahim dan kerjasama ekonomi dengan China dilihat saling menguntungkan dan menyokong matlamat pembangunan ekonomi dan sosial China, rakyat China berkemungkinan memandangnya secara positif. Begitu juga, jika kerjasama itu melibatkan industri yang dilihat penting kepada pertumbuhan dan kemakmuran China, seperti teknologi atau pembangunan infrastruktur, ia akan disambut baik oleh rakyat China.


"Secara umumnya, rakyat China telah menyokong pembangunan ekonomi Malaysia, dan kedua-dua negara mempunyai sejarah panjang hubungan perdagangan dan pelaburan," katanya dipetik


Perdana Menteri sedang dalam lawatan rasmi ke China selama empat hari bermula 29 Mac lalu hingga 1 April ini.


Ia merupakan lawatan rasmi sulung Anwar ke China sejak menyandang jawatan Perdana Menteri pada 24 November tahun lalu. Lawatan ke China kali ini dijangka bakal menyaksikan sejumlah pelaburan besar dibawa masuk ke dalam negara.


Sekurang-kurangnya 14 Memorandum Persefahaman (MoU) akan ditandatangani membabitkan kerajaan kepada kerajaan (G2G) dan perniagaan kepada perniagaan (B2B), sekali gus memberi manfaat dalam sektor ekonomi, perdagangan serta pertanian.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page