top of page

Lawan gejala buli, sekatan terhadap wanita - Sandre Ng



Oleh: Noraini Nordin


Exco kerajaan negeri Perak, Sandrea Ng berkata, selepas ulangtahun pertama pembentukan kerajaan, fokus yang sepatutnya ialah bagaimana hendak memperkasakan agenda wanita dalam tempoh masa 4 tahun akan datang.


Hal ini kerana, kata beliau, penglibatan kaum wanita negara ini dalam bidang ekonomi dan politik khususnya masih lagi ketinggalan di mana kedudukan Malaysia hanya berada di tangga 103 daripada 146 negara dalam Indeks Jurang Gender Dunia.


"Kedudukan kita bukan sahaja jauh ketinggalan di peringkat dunia, malah berbanding dengan negara-negara ASEAN yang lain.

 

"Isu utama yang menyebabkan kedudukan kita jauh ketinggalan adalah tahap penyertaan wanita dalam bidang ekonomi dan politik yang masih rendah.


"Penyertaan tenaga buruh wanita hanya mencapai 55.6% pada tahun 2022, manakala lelaki adalah pada tahap 82.5%.

 

"Di bawah kerangka Ekonomi Madani, kerajaan telah meletakkan sasaran 60% bagi penyertaan tenaga buruh wanita dan dalam hal ini Wanita KEADILAN harus memastikan hasrat Perdana Menteri itu dapat direalisasikan dalam tempoh 4 tahun yang akan datang.  


"Dalam sektor politik, penglibatan wanita hanya 15.6% berbanding lelaki pada kadar 84.4 %. Banyak faktor yang masih menghalang wanita daripada giat mengambil bahagian dalam arena politik.  


"Malah masih terdapat ketidakseimbangan dan ketidakadilan dalam pelbagai segi kehidupan termasuk tempat kerja, pendidikan, dan di dalam masyarakat kita ekoran daripada tahap sensitiviti gender yang rendah itu.


"Inilah cabaran utama yang perlu kita atasi untuk mengangkat agenda wanita di Malaysia," tegasnya.

 

Sandrea (dua dari kiri) bersama Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek

Beliau mengingatkan, KEADILAN adalah parti politik pertama di negara ini yang memaktubkan sasaran 30% penglibatan wanita dalam semua peringkat.


"Untuk itu, Wanita KEADILAN perlu terus memainkan peranan dalam pembangunan kapasiti wanita melalui inisiatif kerajaan sedia ada, baik latihan dan bengkel, penguasaan sains dan teknologi maklumat, mahupun pencerahan politik bagi golongan hawa khususnya generasi wanita muda," ujar beliau ketika berucap di Kongres Nasional Tahunan Wanita Ke 17 di PICC, Putrajaya, Sabtu lalu.

 

Sandrea yang juga ADUN Teja berkata, pemimpin Wanita KEADILAN kini memimpin sistem pendidikan negara, menerajui sistem kesihatan negara, menjaga usahawan dan koperasi negara, menjaga kos sara hidup negara kita dan semua kementerian yang dikuasai itu dekat dengan hati golongan wanita.

 

"Inilah masanya kita harus memanfaatkan segala platform, sumber dan peluang yang ada untuk mempercepatkan pelaksanaan reformasi berkaitan wanita.


"Kita harus nyahkan segala persepsi negatif, kita harus bangkit dan lawan gejala buli dan segala sekatan ke atas kaum wanita.


"Yang paling penting adalah kita harus sentiasa peka untuk memperluaskan pengaruh wanita dan membawa perubahan.

 

"Ayuh terus kita bersatu hati, melipatgandakan usaha untuk membawa perubahan dan merealisasikan agenda reformasi, seterusnya sama-sama kita Memaknai Reformasi, Menjulang Madani," tambah beliau lagi yang juga Exco Majlis Pimpinan Wanita Pusat.

 

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page