top of page

Larian Hari Malaysia Port Dickson 16 September pupuk semangat perpaduan antara kaum



Larian Hari Malaysia Port Dickson sempena Hari Malaysia akan dianjurkan pada 16 September ini dengan tujuan memupuk semangat perpaduan antara kaum.


Menurut kenyataan Sekretariat Larian Hari Malaysia Port Dickson, acara itu akan berlangsung pada jam 8 malam, bermula dan tamat di Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson Batu 1, Jalan Pantai, Negeri Sembilan.


"Program ini dianjurkan dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson, Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, Majlis Perbandaran Port Dickson dan Move On Run serta bakal berlangsung serentak dengan Karnival Hari Malaysia Port Dickson 2022.


"Larian malam atau ‘night run’ sejauh 5 kilometer dengan tema ‘Meraikan Kepelbagaian Kaum dan Budaya’ bertujuan memupuk semangat perpaduan serta meraikan kepelbagaian kaum," kata kenyataan tersebut.


Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk untuk individu dan keluarga seperti pesta makanan yang bakal memeriahkan suasana karnival.


Manakala ‘Flag Off’ larian akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Orang ramai yang ingin menyertai larian boleh mendaftarkan diri sebelum 30 Ogos di laman sesawang larianpd.com untuk menikmati harga istimewa ‘early bird’ di samping setiap peserta yang menyertai larian itu akan menerima t-shirt larian, medal, bib larian dan sijil penyertaan (maya).


"Peserta yang telah mendaftar pula boleh membuat tuntutan kit larian pada 15 dan 16 September bermula jam 10 pagi hingga 4 petang di tapak Karnival.


"Para pengunjung dijemput hadir beramai-ramai ke Port Dickson 16 September ini untuk bercuti hujung minggu di samping berhibur dan menyihatkan badan bersama keluarga," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page