top of page

Larangan penjualan vape: Sediakan tempoh peralihan kepada peniaga

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 31 minutes ago
  • 2 min read

Vape banyak menimbulkan masalah kesihatan dalam kalangan penggemarnya. Foto hiasan
Vape banyak menimbulkan masalah kesihatan dalam kalangan penggemarnya. Foto hiasan

Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan disaran agar menyediakan tempoh peralihan selama dua tahun (Exit Plan) bagi membolehkan peniaga rokok elektronik atau vape, menyesuaikan diri dan beralih kepada perniagaan lain.


Saranan itu disuarakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bakar Arang, Adam Loh bertujuan mencapai keseimbangan antara kepentingan kesihatan awam dan kesan ekonomi susulan penggunaan vape kini berada pada tahap membimbangkan khususnya dalam kalangan remaja.


Katanya, meskipun undang-undang Persekutuan telah melarang penjualan dan pemberian produk vape kepada individu di bawah umur 18 tahun, hakikatnya masih ramai remaja antaranya pelajar sekolah yang menghisapnya secara sembunyi.


"Lebih membimbangkan, kebelakangan ini muncul produk vape baharu seperti 'Mushroom Vape' yang dikatakan dicampur dengan bahan terlarang atau dadah.

Adam Loh
Adam Loh

"Produk seperti ini dipercayai dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan mencampurkan bahan berbahaya sehingga boleh menyebabkan halusinasi, gangguan mental, malah mengancam nyawa pengguna.


"Kerajaan Pusat dan Ahli-Ahli Parlimen digesa agar memberi perhatian serius terhadap isu berkenaan dan mempertimbangkan pendekatan yang telah diambil oleh negara seperti Australia dan Singapura iaitu menggubal undang-undang bagi mengharamkan penggunaan dan penjualan vape secara menyeluruh, sebelum ia terus menjadi pintu masuk kepada penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia," katanya menerusi satu kenyataan.


Dalam kenyataan sama, Adam menyatakan sokongan penuh terhadap larangan penjualan vape demi melindungi kesihatan mental dan fizikal generasi muda di negara ini dan mengelakkan peningkatan bilangan pengguna.


Namun ujarnya, sebelum larangan itu dilaksanakan sepenuhnya, kerajaan disaran membenarkan peniaga menghabiskan stok sedia ada di bawah pemantauan ketat bagi mengurangkan beban kewangan serta mengelakkan ketidaktentuan dalam pasaran


"Saya juga menyambut baik usaha Kerajaan Negeri Kedah yang sedang merancang pelaksanaan larangan ini, dan berharap ia dapat dikuatkuasakan sepenuhnya menjelang tahun hadapan.


"Namun, mengambil kira tempoh yang tinggal hanya sekitar tujuh bulan, pelaksanaan secara tergesa-gesa dikhuatiri memberi kesan mendalam kepada peniaga dan boleh menimbulkan gangguan pasaran.


"Menurut maklumat daripada pihak industri, di negeri Kedah sahaja terdapat hampir 200 premis perniagaan vape yang menyediakan lebih 800 peluang pekerjaan," katanya lagi.


Baru baru ini Kerajaan Selangor mencadangkan untuk mengharamkan vape di negeri itu berikutan masalah kesihatan yang timbul akibat rokok elektronik berkenaan.


Jika pengharaman dilaksanakan, Selangor akan menjadi negeri kedua selepas Terengganu yang mengharamkan vape bermula 1 Ogos ini.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page