top of page

Laporan polis perjanjian Kerajaan Perpaduan: Pemuda PN cakap tak serupa bikin



Tindakan Pemuda Perikatan Nasional (PN) memfailkan laporan polis berkaitan perjanjian persefahaman kerjasama yang dimeterai pemimpin parti kerajaan diumpamakan cakap tidak serupa bikin.


Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Haziq Azfar Ishak melalui satu kenyataan berkata, sebelum ini ketika Pakatan Harapan (HARAPAN) menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama kerajaan terdahulu, isu serupa tidak dibangkitkan.


“Di manakah Pemuda PN ketika Pakatan Harapan menandatangani MOU bersama kerajaan persekutuan pimpinan Ismail Sabri Yaakob tatkala puak PN turut menerima laba politik hasil termeterai persefahaman ini.


“Pemeteraian set perjanjian seperti Confidence and Supply Agreement (CSA) yang mengikat komitmen undian setiap anggota yang bernaung bawah sesuatu koalisi atau parti politik adalah amalan biasa yang tak pernah mereka pertikai sebelum ini,” katanya.


Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari pada Ahad membuat laporan polis berkenaan apa yang didakwanya “pakatan jahat” antara pemimpin parti pemerintah.


Ia berkaitan perjanjian persefahaman kerjasama, yang menurut Ahmad Fadhli sebagai merosakkan dan memudaratkan demokrasi.

Sementara itu Haziq Azfar menegaskan bahawa pemeteraian perjanjian sememangnya suatu konvensyen bagi parti koalisi bagi mengikat komitmen bagi mengukuhkan kestabilan mahupun memperkemas hala tuju kerajaan.


Justeru beliau mengingatkan supaya pihak terlibat berhenti bermain pertikaian terminologi pembentukan kerajaan perpaduan dan ‘move forward’ dengan menjalankan tugas mereka sebagai pembangkang.


“Masalah anak muda yang substantif adalah jauh lebih banyak berbanding fokus pertikaian terminologi seperti ini. Satu per tiga jurutera muda bergaji bawah RM2,000 sebulan, 55% pendapatan ibu bapa dibelanjakan untuk pendidikan tinggi.


“Isu-isu inilah yang perlu difokuskan sekiranya pembangkang benar serius mahu membantu membina negara dan membela nasib anak muda,” tambahnya dalam kenyataan tersebut.


Untuk rekod, kerajaan memberi jaminan tidak akan menyekat hak ahli parlimen untuk mengundi, selain daripada sebarang usul keyakinan dan perbekalan.


Rafizi Ramli antara pemimpin yang terlibat dalam draf awal perjanjian itu menjelaskan perjanjian itu mengikat dalam perkara berkaitan kesahihan kerajaan seperti yang ditetapkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang antilompat parti adalah bertujuan untuk memastikan kerajaan yang dibina tidak diruntuhkan pihak yang mahu merebut kuasa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page