top of page

Laporan interim nahas dua helikopter TLDM terhempas siap dua minggu



Kementerian Pertahanan memberikan komitmen bahawa laporan interim nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pada Selasa dapat disiapkan dalam tempoh dua minggu, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.


Beliau berkata, laporan penuh tragedi kemalangan udara tersebut pula akan dikeluarkan dalam tempoh sebulan.


"Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bermula dengan perbincangan agak mendalam mengenai insiden nahas helikopter TLDM semalam.


"Perdana Menteri telah mengutuskan ucapan takziah dan Menteri Pertahanan memberikan komitmen bahawa laporan interim akan disediakan dalam tempoh dua minggu manakala laporan penuh diterbitkan sebulan dari sekarang," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.


Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, bantuan yang akan diberikan kepada waris mangsa sebagaimana dipersetujui oleh Kabinet akan diumumkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Rabu.


Laporan media semalam memetik Mohamed Khaled berkata TLDM menubuhkan lembaga penyiasatan bagi mengenal pasti punca nahas dua helikopter itu hingga mengakibatkan 10 anggota tentera laut Malaysia terkorban.

Dalam kejadian pada pukul 9.32 pagi semalam, dua helikopter tentera laut Malaysia bertembung di udara sebelum kedua-duanya terhempas ketika melakukan raptai lintas hormat sempena Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.


Tragedi itu mengorbankan kesemua tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi anggota tentera laut yang menaiki helikopter Fennec TLDM.


Terdahulu tular video berdurasi 21 saat di media sosial memaparkan dua helikopter bertembung di udara sebelum kedua-duanya terhempas ketika latihan perbarisan di Pangkalan TLDM Lumut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page