top of page

Laporan awal pembahagian kerusi PH - BN dibentang bulan depan



Laporan awal berkaitan rundingan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di 6 negeri dijangka akan dibentangkan pada 19 Mac ini.


Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga jawatankuasa di bawah sekretariat Kerajaan Perpaduan diberi tanggungjawab menyediakan laporan masing-masing.


Tiga jawatankuasa itu iaitu Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Pilihan Raya dan Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik.


"Saya telah dimaklumkan oleh Ketua Sekretariat (Kerajaan Perpaduan) Datuk Dr Asyraf (Wajdi Dusuki) bahawa jadual pertemuan antara pimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan akan berlangsung pada 19 Mac.


"(Dalam soal pembahagian) kerusi di peringkat PH membabitkan enam negeri tidak sulit kerana kami sudah ada asas (pembahagian), (tetapi) soalnya nanti apabila kami duduk (berbincang) dengan BN baru kita tengok balik (jika ada perkara yang berbangkit)," katanya.


Menteri Dalam Negeri itu ditemui media selepas menghadiri Konvensyen PH Kedah di Sungai Petani pada Sabtu.


Mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia yang dipengerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Febuari lalu mengumumkan penubuhan tiga jawatankuasa bagi merangka strategi menghadapi PRN di enam negeri iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Kedah.


Jawatankuasa itu akan merencanakan berkaitan PRN terutamanya pembahagian kerusi dan menumpukan kegiatan mereka untuk memastikan Kerajaan Perpaduan mempunyai tapak kukuh dalam PRN nanti.


Sementara itu ketika mengulas lanjut mengenai isu pembahagian kerusi tersebut, Saifuddin menegaskan bahawa dalam Kerajaan Perpaduan, kesediaan untuk berbincang antara PH dan BN sangat penting bagi mengelak berlakunya pertembungan tiga penjuru.


"Kita perlu mengelak pertembungan tiga penjuru terutama di Kedah, kita mahu masuk PRN nanti dengan kombinasi PH - BN sebagai dua komponen penting dalam Kerajaan Perpaduan," katanya dipetik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page