top of page

Laporan audit dibahas, pembangkang 'kecut' enggan masuk dewan

Updated: Jun 7, 2023



Ahli Parlimen kerajaan kecewa dengan sikap anggota pembangkang yang tidak masuk ke dalam dewan apabila Laporan Ketua Audit Negara 2021 dibahaskan buat kali pertama dalam sejarah Dewan Rakyat.


Bagi Ahli Parlimen William Leong Jee Keen (PH - Selayang) ketidakhadiran anggota pembangkang itu amat mengecewakan kerana ketika Pakatan Harapan sebagai pembangkang mereka sangat berharap laporan audit dibahasakan.


"Ini adalah kali pertama dewan yang mulia ini dapat membahas Laporan Ketua Audit Negara. Sebelum ini Laporan Ketua Audit Negara dibentang atas meja tanpa pembahasan.


"Hanya Jawatankuasa Kira kira Wang Negara atau PAC yang akan memilih segelintir perkara untuk disiasat oleh mereka.


"Saya setuju dengan YB Menteri dengan adanya perbahasan Laporan Ketua Audit Negara, sistem akauntabiliti negara yang dimaktubkan dalam Perlembagana Persekutuan, khusunya Perkara 106 dan 107 serta Seksyen 567 Akta Audit


"Namun malangnya saya lihat tidak ada seorang pun Ahli Parlimen daripada pembangkang hadir untuk perbahasan ini dan mengambil peluang untuk berbahas menambah akauntabiliti di negara kita," katanya.


William turut mensyorkan agar Laporan Ketua Audit Negara yang berikutnya dibuat berdasarkan value of money, yang mana tidak boleh lagi berlaku sesuatu barang dibeli oleh pihak kerajaan dengan membayar harga lebih tinggi daripada pihak swasta.


Beliau juga beliau mencadangkan agar selain Jawatakuasa Kira kira Wang Negara, 9 jawatankuasa lain turut melakukan siasatan ke atas laporan audit


Begitu juga dicadangkan tindakan diambil oleh pihak Peguam Negara ke atas siasatan yang telah lengkap untuk pendakwaan di mahkamah.


Dalam pada itu, celahan daripada Ahli Parlimen Sany Hamzan (PH - Hulu Langat) mengecam keras pihak pembangkang yang takut membahaskan laporan audit kerana banyak daripada mereka menjadi Menteri pada tempoh 2021 semasa laporan itu dihasilkan.


"Pepatah orang tua ada kata "berani buat berani tanggung". Buat kemudian tak bernai nak tanggung, sorang pun tak ada dalam dewan. Jadi rakyat Malaysia kita nak bagi tahu, inilah standard pembangkang dalam negara.


"Sorang pun tak ada dalam dewan lawan hujah kita," katanya.

Jimmy Puah Wee Tse

Sementara itu, Ahli Parlimen Jimmy Puah Wee Tse (PH - Tebrau) mempersoalkan mengenai bekalan alat pernafasan yang rosak, penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sangat kurang serta pelanggaran data MySejahtera yang berlaku pada 2021.


Beliau menyatakan mengenai bekalan peralatan yang rosak disediakan semasa darurat pandemik Covid-19 dan Kementerian Kesihatan (KKM) didakwa tidak dapat menjalankan dokumentasi yang betul dengan pembekalnya.


Puah menyatakan sebanyak 136 unit ventilator telah dibeli oleh KKM tetapi hanya 28 daripadanya boleh digunakan manakala 108 alat bantuan pernafasan itu mengalami kerosakan.


Katanya, daripada 108 unit alat yang rosak itu hanya 15 daripadanya dikembalikan kepada pengilang untuk penggantian.


"Tiada dokumen pelantikan untuk perolehan ventilator antara pembekal dan kementerian...


"Itulah bahayanya apabila darurat diisytiharkan begitu sahaja," kata Puah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page