top of page

Lantikan kabinet: PM terikat perjanjian bersama parti komponen - Dr Mazlan Ali



Pelantikan kabinet yang menjadi tajuk panas media sejak 3 hari lalu mungkin diselesaikan hari ini setelah Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi tadi.


Bagaimanapun tindakan media mensensasikan beberapa isu mengenai kabinet, termasuk isu kluster mahkamah dilihat agak tidak wajar


Bagi penganalisa politik Dr Mazlan Ali, persepsi media, pertubuhan bukan kerajan dan sebagainya terhadap kluster mahkamah misalnya tidak seharusnya mempengaruhi pelantikan kabinet.


"Kluster mahkamah ini kita kena adil juga. Kenapa Zahid sahaja disebut kluster mahkamah?


"Prinsip asas keadilan, seseorang belum bersalah selagi tidak dibuktikan salah. Kalau mereka tidak layak mengapa mereka boleh bertanding dalam pilihan raya? Zahid bertanding, menang, Lim Guan Eng bertanding, menang.


"Saya lihat golongan sivil society dan juga sesetengah ahli politik, mereka terlalu idealistik. Mereka tidak memahami medan peperangan sebenar


"Saya sebagai pengkaji politik pun tidak berani untuk menyatakan bahawa saya faham segala galanya tentang politik. Politik dalam ulasan itu berbeza daripada politik yang menjadikan ia sebagai satu karier. Pengalaman berbeza," katanya dalam forum maya "Kabinet Anwar, Harapan Rakyat", terbitan Sumberkini, malam tadi.


Menurut Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Dasar Awam Fakulti Perdana UTM itu, pembentukan Kerajaan Perpaduan pasti mempunyai ikatan perjanjian tertentu yang perlu dipatuhi oleh parti parti komponen, termasuk dalam melantik menteri kabinet.


Hal itu, kata Dr Mazlan, tidak sama dengan kerajaan yang mempunyai majoriti mudah seperti sebelum ini yang boleh menentukan siapa yang mahu dilantik secara mutlak.


Malah, katanya jika BN menentukan Zahid perlu diangkat sebagai menteri berdasarkan persefahaman maka beliau perlu diangkat ke jawatan itu.


"Sekarang harus difahami Zahid ketua parti, Pengerusi BN dan Anwar terikat dengan perjanjian dengan BN untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Maka segala pandangan dari parti yang membentuk kerajaan perlu dihormati.


"Jadi yang di luar, netizen memberi pandangan tetapi yang membuat keputusuan pemilihan kabinet adalah PM dan parti komponen. Rakyat telah menyelesaikan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi pada PRU lalu, dan selebihnya serahkan kepada yang telah diberi mandat.


"Saya fikir Zahid sekiranya mereka dimahukan BN tidak ada sebab sesiapa pun menolaknya. Jadi saya tidak fikir pelantikan Zahid boleh menyebabkan imej kerajaan seperti didakwa. Pelantikan sebagai memenuhi konteks persetujuan yang dibuat parti parti untuk membentuk Kerajaan Perpaduan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page