top of page

Lantik Speaker, Undi Percaya akan berlangsung di Dewan Rakyat hari ini



Persidangan Dewan Rakyat yang pertama di bawah Kerajaan Perpaduan bermula hari ini menjadi perhatian kerana agenda utamanya antara lain menyaksikan pembentangan usul Undi Percaya bagi keabsahan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.


Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, usul Undi Percaya terhadap kepimpinan Ahli Parlimen Tambun itu terkandung pada nombor lapan urusan persidangan.


Usul itu bertujuan membuktikan Anwar, yang mengangkat sumpah jawatan pada 24 November lalu mendapat sokongan Ahli-Ahli Parlimen bagi memimpin kerajaan baharu yang dibentuk menerusi dokongan beberapa gabungan, parti kecil dan bebas.


Hal ini selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menyaksikan tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah.


Cadangan supaya usul Undi Percaya itu dibentangkan di Dewan Rakyat disuarakan sendiri Anwar pada sidang pertamanya selepas mengangkat sumpah jawatan pada 24 November lalu.


Walaupun Anwar dijangka tidak berdepan masalah untuk melepasi ujian pertamanya itu memandangkan pelantikannya sudah diputuskan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja, beberapa pihak menganggapnya sebagai tindakan berani dan telus.


"Seingat sayalah, inilah kali pertama dalam sejarah negara kita seorang perdana menteri meminta diadakan Undi Percaya terhadapnya.


"Sebelum ini, perdana menteri tidak perlu Undi Percaya kerana mempungai majoriti yang sahih atau takut kalah dalam kes Muhyiddin dan Ismail Sabri Yaakob. Kedua-dua mereka dilantik menjadi Perdana Menteri semata-mata atas kekuatan Akuan Berkanun yang tidak pernah didedahkan untuk pengetahuan umum," kata tokoh wartawan A. Kadir Jasin dalam satu catatannya.


Pengerusi Bersih Thomas Fann, pula berkata Undi Percaya merupakan penentu demi menghapuskan sebarang keraguan berhubung keabsahan Anwar menerajui kerajaan baharu.


Selain usul Undi Percaya itu, agenda penting lain yang menjadi perhatian dalam sidang Parlimen ini berhubung pemilihan speaker Dewan Rakyat baharu, yang menjadi agenda pertama persidangan.


Ia kemudian akan disusuli proses memilih Timbalan Speaker dan usul berbentuk prosedur supaya Ketua Polis Negara memastikan Ahli Parlimen tidak berdepan apa-apa halangan keluar masuk Parlimen, selain pembentangan Rang Undang-Undang kerajaan.


PM kemudian dijangka akan membentangkan 'belanjawan mini' yang sebahagiannya akan digunakan terutamanya untuk membayar emolumen penjawat awam bagi memastikan kerajaan terus beroperasi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page