top of page

Lantik segera Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura



Kekosongan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura sejak 6 bulan lalu merupakan kelemahan 'menjolok mata' kerajaan Perikatan Nasional khususnya Menteri Luar Datuk Seri Hishamuddin Hussein.


Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata, ketiadaan pesuruhjaya tinggi itu menyukarkan urusan melibatkan pekerja Malaysia di Singapura yang berjumlah sekitar 200,000 orang.


"Saya minta Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Hishammudddin Hussein segera melantik Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura.


"Enam bulan kekosongan jawatan itu terlalu lama. Beratus ribu rakyat Malaysia bekerja di Singapura," ciapnya di Twetter.


Sebelum ini, pelbagai masalah dialami oleh rakyat Malaysia yang bekerja di 'sebarang tambak' apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan tanpa memikirkan nasib mereka.


Para pekerja itu tidak dibenarkan pulang selama tiga bulan sejak Mac 2020.


Sementara penyelesaian dokumen perjalanan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) hanya diperkenalkan baru-baru ini.


Namun terdapat pula masalah yang belum diselesaikan, berhubung pekerja Malaysia yang memegang status penduduk tetap (PR) di Singapura.


Mereka tidak dibenarkan berulang-alik. Untuk menziarahi keluarga pemegang PR terpaksa menjalani kuarantin 2 minggu di Malaysia dan seminggu di Singapura yang menyebabkan seseorang perlu memohon cuti selama sebulan sekiranya mahu melawat keluarga.


Semua hal itu perlu diselesaikan melalui rundingan dua hala namun langkah pertama kerajaan PN perlulah melantik seorang pesuruhjaya tinggi terlebih dahulu untuk memudahkan rundingan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page