top of page

Lantik Kamarul Zaman pegawai khas PM membazir wang rakyat - Dr Azman



Pelantikan terbaharu pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifatkan sebagai membazir wang rakyat.


Bagi Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail, tidak ada kelebihan yang jelas daripada pensyarah kontroversi itu untuk melayakkan beliau dilantik sebagai Pegawai Khas PM bahagian media.


Katanya, rekod Kamarul hanyalah penulisan di media sosial yang menyokong aliran politik tertentu dan tidak banyak menyumbang kepada daya intelek.


"Dia (Kamarul) ini politik sempit, perkauman. Saya lihat ini (pelantikan Pegawai Khas) satu pembaziran wang rakyat dan dia tidak ada justifikasi (kelayakan) untuk jawatan ini.


"Dia bukan cemerlang pun, saman orang tak ada kes, tembak secara rambang kepada pembangkang.


"Dia tidak ada kepakaran yang jelas. Hanya pensyarah kontroversi sahaja," katanya.


Dr Azman sebaliknya mencadangkan lebih baik PM Ismail membentuk satu kumpulan pemikir untuk memulihkan ekonomi negara atau menyatupadukan masyarakat.


Hal itu, katanya lebih bermakna dalam keadaan sosio-ekonomi rakyat yang tidak menentu.


"Negara sekarang perlu diselamatkan selepas pandemik 2 tahun ini. Perdana Menteri perlu fikirkan nak menyatupadukan masyarakat dan mencari idea untuk menyelamatkan ekonomi serta memperbaiki sara hidup rakyat.


"Dia (Kamarul) tak ada idea itu (menyelamatkan negara). Dia tak patut berada dalam team itu dan ini hanya dilihat untuk survival politik (PM), itu sajalah," katanya.


PM Ismail baru baru ini berkata pelantikan Kamarul sebagai Pegawai Khas beliau di atas faktor kelayakan.


Namun rakyat mempersoalkan Dr Kamarul yang tidak pernah bertugas di mana mana agensi media sebelum ini dan pengalaman media beliau hanyalah sebagai seorang penulis komen di media sosial sejak beberapa tahun lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page