top of page

Langkah Malaysia kecam keganasan Israel tindakan tepat - Amidi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 17, 2025
  • 1 min read
Kecaman PM Anwar ke atas Israel mendapat sambutan di sidang kemuncak negara Islam di Qatar
Kecaman PM Anwar ke atas Israel mendapat sambutan di sidang kemuncak negara Islam di Qatar

Oleh: Akmal Manaf


Ketegasan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membela isu Palestin di peringkat antarabangsa menyerlahkan pendirian beliau dalam mempertahankan maruah umat Islam dan prinsip keadilan sejagat.


Pengarah Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan berkata, seruan PM Anwar agar semua negara Islam memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel, wajar dijadikan tindak balas awal jika mahu mempertahankan maruah umat Islam di peringkat global.


''PM Anwar dengan tegas menyerang hipokrasi Barat yang kuat dan bertenaga menghentam regim Aparteid di Afrika Selatan suatu masa lalu, namun lemah dan lesu apabila berhadapan dengan regim Zionis yang melaksanakan dasar serupa.

Amidi Abdul Manan
Amidi Abdul Manan

''Dunia Arab seolah-olah terpukul dengan tindakan biadab Israel, tetapi masih teragak-agak mengambil tindakan yang tegas dan berani untuk menghukum Israel.


''⁠Tiada lagi dolak-dalik yang dijadikan alasan. Kita selaku umat Islam perlu menunjukkan solidariti yang tidak tunduk dengan kebiadaban satu regim yang ganas dan tidak berperikemanusiaan,'' kata beliau dalam satu kenyataan.


Dalam kenyataan itu, beliau turut mengecam serangan Israel terhadap Qatar baru baru ini yang mengusahakan perdamaian Palestin - Israel dengan menganjurkan rundingan dengan pihak kumpulan bersenjata Hamas, namun diserang tanpa sebab munasabah.


Ujarnya lagi, Israel seolah-olah menganggap mana-mana pihak yang mendesak ke arah perdamaian, sebagai wajar diserang tanpa simpati.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page