Langkah ke Putrajaya bermula dengan PRN Johor - Dr Maszlee



Langkah gagah Pakatan Harapan (PH) untuk menakluki Putrajaya buat kali kedua bermula dengan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.


Calon KEADILAN DUN Layang Layang, Dr Maszlee Malik yang berkempen malam tadi berkata, banyak kemajuan yang telah dirancang untuk di bawa ke Parlimen Simpang Renggam yang terletak DUN Layang Layang, namun terbantut apabila kerajaan PH dijatuhkan pada Februari 2020.


"Saya masih ingat saya berjanji kalau saya menang (Simpang Renggam) kita pastikan masalah air diselesaikan. Tak sampai 22 bulan masalah air kita selesaikan dengan tutup pusat perlupusan sampah dan sungai kita lebih bersih daripada sebelum ini.


"Saya juga janji bawa McDonalds ke Simpang Renggam, saya bawa McD. Orang Renggam tak perlu pergi jauh (untuk beli makanan segera). Kita bawa kolej komuniti tetapi tidak dipromosikan. Juga Open Universiti kita bawa.


"Sepatutnya ada bandar pendidikan di Renggam. Sewaktu saya jadi menteri kita luluskan sekolah vokasional, politeknik dan cawangan UiTM tetapi bila kerajaan bertukar projek itu dibatalkan. Kalau tidak 2020 kita lihat Renggam yang berbeza.


"Tetapi jika kita kembali berkuasa dalam Pilihan Raya Umum (PRU) depan saya pastikan projek diteruskan. Namun untuk sampai ke sana kita perlu lepas (PRN) DUN Johor, dan dimulakan dengan menang DUN Layang Layang," katanya bersemangat menyambut kunjungan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tapak ceramah, malam tadi.


Menurut Dr Maszlee lagi, beliau tidak pernah mengkhianati pengundi yang memilih PH pada PRU 14.


Biar pun partinya Bersatu membentuk kerajaan bersama Umno dan Pas namun beliau memilih untuk dipecat demi mengekalkan mandat rakyat


"Bersatu tinggalkan PH dan bersama Najib, Umno, Pas dan lain lain tubuh kerajaan pintu belakang.


"Undi yang tuan tuan beri tidak saya khianat, saya tetap bersama PH. Kesannya saya dibuang dari Bersatu kerana saya kekal menjaga mandat tuan tuan


"Saya bukan sempurna, begitu juga dengan PH. Ada kejayaan kita buat tetapi ada kesilapan. Tetapi kita lakukan reformasi sedaya mungkin


"Tekad kami, walaupun dijatuhkan secara khianat tetapi kita tetap lawan demi rakyat Malaysia," katanya lagi.


Justeru, dengan rekod kecemerlangan perkhidmatan sebagai Ahli parlimen beliau merayu agar pengundi di Layang Layang mengundinya pada PRN 12 Mac ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER