top of page

Langkah Dubai usaha pembangkang elak jadi kluster mahkamah



Oleh Helmi Mohd Foad


Usaha pihak tertentu untuk melaksanakan 'Langkah Dubai' sebenarnya mempunyai motif untuk mengelakkan mereka daripada menjadi kluster mahkamah, kata Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia.


Datuk Lokman Noor Adam berkata, pihak tersebut juga membabitkan golongan bekas ahli politik aktif yang bimbang mereka turut bakal didakwa di mahkamah dan takut diheret ke penjara.


"Memang seperti diungkapkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa memang ada 'Langkah Dubai' dan ada usaha menarik Ahli Parlimen kita bersama mereka.


"Usaha ini dilakukan juga oleh mereka yang bukan dalam politik (semasa), yang takut menjadi kluster mahkamah atau sudah menjadi kluster mahkamah, takut untuk ke Penjara Sungai Buloh atau Kajang, tapi mereka sedang disiasat dan tahu bila-bila masa akan jadi kluster mahkamah," ujarnya dalam siaran langsung di Facebook malam tadi.


Lokman yang juga Ketua Sekretariat Media Perpaduan berkata, pihak terbabit turut melibatkan golongan yang mempunyai kekuatan kewangan luar biasa untuk menumbangkan sebuah kerajaan.


Namun persoalannya, ujar beliau, mampukah pihak tersebut menumbangkan kerajaan sedia ada dan membentuk pentadbiran baharu jika tanpa perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong?


"Tanpa perkenan ketua-ketua parti yang akan memutuskan secara en bloc parti mana yang mereka mahu sokong sebagai PM, kedua-dua perkara ini tidak mungkin berlaku," ujarnya.


Justeru itu, Lokman menyeru agar rakyat tidak terus mempercayai dakwaan bahawa kerajaan baharu bakal terbentuk


Terdahulu, beliau menjelaskan sememangnya Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri mengetahui pergerakan pihak yang terlibat dengan "Langkah Dubai" dan maklum sekiranya pemimpin dari partinya terlibat dalam gerakan itu.


"Sudah pasti Datuk Seri Zahid tahu tentang setiap pergerakaan mereka, daripada naik kapal terbang ke Dubai dan semasa berada di sana, pergerakan mereka diawasi perjumpaan mereka biasanya ada badan buat kerja pengintipan dan setiap pergerakan mereka kita tahu.


"Siapa hadir dan siapa peringkat awal (nak hadir tetapi) benda dah kecoh tak berani pergi, macam-macam," katanya.


Mengenai kenyataan Ahmad Zahid bahawa tiada Ahli Parlimen BN terlibat, Lokman berkata, memang ada usaha untuk membuat kacau dengan menarik wakil rakyat UMNO tetapi tidak lojik untuk seseorang itu sanggup berbelanja hingga berjuta-juta ringgit tanpa mendapat sebarang hasil.


Dalam pada itu, beliau turut menafikan Anwar adalah seseorang pendendam sebagaimana sesetengah pihak menganggap apa yang berlaku sekarang adalah satu 'peperangan' antara PM melawan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin.


Katanya semua dakwaan itu mengarut. Sebaliknya jika ada perbalahan, ia hanya memberikan keuntungan kepada segelintir penulis blog yang kerja mereka mengambil upah daripada individu tertentu.


"Kalau Anwar pendendam, dah setahun dia tidak buat apa-apa kepada Dr Mahathir dan Daim, Hamzah Zainuddin, tidak ada apa-apa berlaku kepada musuh politik beliau.


"Lainlah Dr Mahathir, dapat sahaja kuasa Najib ke dalam, paksa Zahir bubar UMNO," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page