top of page

Langkah bantu pengusaha restoran, kedai makan diperhalusi - Rafizi



Beberapa langkah bagi menangani kenaikan kos yang ditanggung peniaga dan pengusaha restoran sedang diperhalusi, kata Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli.


Melalui satu kenyataan, beliau berkata kerajaan sedia maklum beberapa isu dihadapi pengusaha restoran terutama berkaitan kenaikan kos pekerja akibat pelaksanaan gaji minimum.


Cadangan itu termasuk dengan penggunaan khidmat tenaga kerja sambilan dalam sektor perkhidmatan makanan dan minuman (F&B).


"Ada beberapa langkah yang sedang diperhalusi pelaksanaannya untuk membantu peniaga dan pengusaha restoran menangani kenaikan yang mereka tanggung, termasuklah potensi menyebar luas model tenaga kerja sambilan (gig workforce) dalam sektor restoran dan kedai makan (F&B).


"Ia adalah sebahagian dari usaha untuk menyelaraskan pasaran kerja dengan tuntutan sektor ekonomi, yang menjadi sebahagian dari usaha menyeluruh menstrukturkan kembali ekonomi negara," kata Timbalan Presiden KEADILAN itu.


Dalam kenyataan sama juga Rafizi memaklumkan akan bertemu wakil-wakil peniaga restoran dan kedai makan bagi membincangkan langkah yang boleh dilakukan bagi menangani kenaikan harga barangan.


Ia susulan kenyataan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jawahar Ali Taib Khan bahawa harga makanan di restoran tidak dapat diturunkan buat masa ini susulan kenaikan kos yang perlu ditanggung pengusaha.


Jawahar dalam laporan tersebut turut menggesa kerajaan membantu pemilik restoran dan kedai makan bagi mencapai hasrat menurunkan harga makanan yang dijual.


"Dalam masa terdekat ini, saya akan bertemu dengan wakil-wakil pengusaha restoran dan peniaga makanan untuk membincangkan secara dua hala langkah-langkah yang boleh diambil bersama oleh kerajaan dan pengusaha restoran dan peniaga makanan.


"Saya menyambut baik pandangan Presiden Presma, Datuk Jawahar Ali Taib Khan mengenai peranan yang perlu dimainkan oleh kerajaan, peniaga dan pengguna dalam menangani kenaikan harga makanan dan minuman.


"Usaha mengekang inflasi memerlukan semua pihak menggembleng usaha bersama," jelasnya lagi.


Rafizi berkata begitu sebagai merujuk laporan perangkaan inflasi yang diumumkan Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) baru-baru ini yang menunjukkan walaupun inflasi bagi Disember 2022 mereda kepada 3.8 peratus berbanding 4 peratus pada bulan sebelumnya, kategori harga di restoran dan hotel adalah satu-satunya kategori harga yang masih belum mereda.


Harga makanan di restoran dan hotel mengalami kenaikan 7.4 peratus pada Disember 2022 berbanding 7 peratus bulan sebelumnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page