top of page

Langgar PKP: Hindari undang-undang mangsakan rakyat marhaen


Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki hujung bulan kedua menyaksikan lebih 24,000 rakyat ditahan dan dihadapkan ke mahkamah. Sebahagiannya didenda RM1,000 dan ada juga yang dipenjarakan. Namun bagi orang kenamaan VIP yang melanggar PKP nasib mereka lebih baik. Hanya di denda dan sesetengahnya seolah-olah diberi diskaun. Justeru, Biro Guaman dan Undang-undang Pemuda KEADILAN menyeru agar pendakwa raya membuat rayuan terhadap hukuman kepada VIP yang dilihat rakyat tidak seimbang. Menurut mereka dalam sesetengah kes, denda RM1,000 adalah terlalu kecil bagi golongan berada dibandingkan hukuman serupa kepada pihak berpendapatan rendah. "Jika dibandingkan dengan rakyat bawahan yang menerima gaji minimum atau dalam lingkungan B40, pastinya hukuman denda sekadar RM800 hingga RM1,000 tidak akan memberi impak dan kesan pencegahan deterrent effect terhadap golongan VIP ini. "Kami sedia maklum dengan kuasa menghukum merupakan budi bicara badan kehakiman dan harus dihormati. "Walau bagaimanapun, pendakwa raya yang bertindak sebagai penjaga kepentingan awam harus juga mengambil serius terhadap perkara ini bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang sama ada dalam kalangan rakyat biasa mahupun kumpulan-kumpulan yang setaraf golongan VIP ini. "Oleh itu, kami memohon supaya pihak pendakwa raya boleh meneliti balik kes-kes yang melibatkan golongan VIP dan mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk membuat rayuan terhadap keputusan yang dijatuhkan demi menjaga kepentingan awam dan menjamin kedaulatan undang-undang," kata gabungah itu dalam satu kenyataan. Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 memperuntukkan denda maksimum RM1,000, penjara hingga enam bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Semalam, anak presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Nurulhidayah dan suaminya Saiful Nizam Mohd Yusoff dikenakan hukuman denda sebanyak RM800 selepas didapati bersalah melanggar PKP pada 20 April lalu. Manakala minggu lepas, seorang ibu tunggal dijatuhkan hukuman penjara 30 hari kerana melanggar PKP, digantikan dengan denda RM1,000 oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam selepas lapan hari di penjara. Pada 8 April Mahkamah Tinggi Taiping mengurangkan hukuman terhadap dua individu daripada penjara selama tiga bulan atas alasan tidak mampu membayar denda kepada kerja-kerja khidmat masyarakat selama tiga bulan kerana ingkar PKP. Sementara itu, biro guaman Pemuda KEADILAN juga menyelar sekatan terhadap sesetengah pengamal media yang ditugaskan membuat liputan ketika prosiding melibatkan kes Nurulhidayah baru-baru ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page