top of page

Lakukan perubahan ke arah negara maju, bersaing di pentas dunia - Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 23
  • 1 min read


Malaysia seharusnya mula bergerak agreasif untuk berubah menjadi negara maju yang unggul di pentas dunia.


Hal itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim usai Permukiman Kerajaan MADANI Tahun 2025 melibatkan kesemua Jemaah Menteri di Bangi, Selangor selama dua hari berakhir semalam.


Katanya, amat penting untuk Jemaah Menteri bekerja secara berpasukan yang menuntut kebersamaan serta kesatuan yang tinggi.


"Peranan, tugas dan tanggungjawab yang digalas anggota Jemaah Menteri bakal memberi impak dan mencorak masa depan 34 juta rakyat negara ini.


"Jika masih berlaku keterlanjuran salahguna kuasa, rasuah, khianat, dan sebagainya, agak sukar untuk Kerajaan MADANI ini membuat perubahan dan terus mengejar impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia," katanya dalam muat naik di Facebook.


Dalam sidang media di sebelah petang PM telah memaklumkan bahawa permukiman itu bukan sekadar memberi peluang kepada menteri untuk mengemukakan pandangan tetapi juga berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk ahli akademik serta penjawat awam.


"Saya percaya, kritikan yang ada perlu diterima dengan hati terbuka sekaligus memberi ruang untuk memperbaiki kelompongan yang ada dalam kerajaan, justeru ia membawa kepada keperluan kesatuan dan kebersamaan untuk berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI yang benar-benar mengangkat suara dan kehendak rakyat," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page