top of page

Laksana pembaharuan fiskal, rancakkan semula ekonomi - PM



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan fiskal bagi merancakkan semula ekonomi negara yang tidak berkembang sejak lebih 20 tahun lalu.


Perdana Menteri (PM) berkata usaha itu akan ditumpukan kepada penyasaran subsidi dan memperluaskan asas hasil bagi mewujudkan ruang fiskal yang dapat diagihkan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.


"Saya maklum bahawa langkah reformasi fiskal ini adalah sesuatu yang berat bagi kita semua, namun usaha ini perlu dimulakan untuk merancakkan semula ekonomi negara yang tidak berkembang sejak lebih 20 tahun lalu," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


"Bagi mengorak langkah Malaysia menggapai tahap ekonomi berpendapatan tinggi yang bersandarkan nilai manusiawi, kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan fiskal agar ia bertunjang di landasan yang mampan dan utuh."


Semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang membincang dan meneliti senario terkini ekonomi Malaysia serta unjuran jangka pendek dan sederhana kedudukan fiskal negara.


Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadhillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.


Perdana Menteri berkata dengan hasil cukai sebanyak 11.8 peratus sahaja daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kerajaan mempunyai ruang terhad untuk melabur dalam aspek pembangunan rakyat dan memberi bantuan sewajarnya kepada golongan rentan serta yang memerlukan.


Dalam pada itu, jelas beliau kerajaan MADANI pimpinannya meletakkan komitmen untuk menoktahkan gejala ketagihan kepada hutang bagi memulihkan keyakinan pelabur luar.


"Dalam mesyuarat FPC hari ini, ahli jawatankuasa senada untuk memperkukuhkan Pejabat Pengurusan Hutang (DMO) bagi menambah baik pengurusan hutang Kerajaan serta memperkemaskan peranan Pejabat Perhubungan Pelabur (IRO) di bawah Kementerian Kewangan, yang menjadi pusat rujukan utama untuk pelabur pasaran," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page