La Nina: PBT di Selangor diarah tingkat kesiapsiagaan
- Suara Keadilan
- Sep 30
- 1 min read

Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi risiko bencana berikutan ketidaktentuan cuaca.
Exco Pengurusan Bencana, Najwan Halimi (gambar) berkata PBT di minta segera memastikan penyelenggaraan kolam takungan dan sistem saliran dilakukan selain memastikan ban laut dan sungai serta pam berada dalam keadaan baik.
"Pokok-pokok yang berisiko tumbang juga perlu dipangkas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya dipetik pada sidang media di Bangunan SUK pada Isnin.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fenomena La Nina bakal melanda negara mulai akhir tahun ini.
Fenomena itu yang dijangka berterusan sehingga Febuari membawa risiko hujan lebat yang lebih kerap serta potensi bencana banjir kilat, kepala air serta tanah runtuh.
Dalam pada itu, Najwan menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada ketika fenomena La Nina, Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap ramalan cuaca dikeluarkan MetMalaysia.
Comments