top of page

KWSP: MTUC bidas tuntutan kerajaan benar pengeluaran khas




Tindakan segelintir pihak yang giat mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan pencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) buat kali kelima dibidas Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).


Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata desakan itu dilihat sekadar tindakan popular jangka pendek untuk mendapatkan sokongan.


Mereka tegasnya tidak memikirkan kesannya kepada masa depan pekerja, lebih lagi apabila seramai 6.7 juta pencarum berusia bawah 55 tahun mempunyai simpanan RM10,000 sahaja.


"Tindakan pihak tertentu yang mendesak pengeluaran KWSP buat kali kelima merupakan satu tindakan popular jangka pendek untuk mendapatkan sokongan rakyat tanpa memikirkan kesannya terhadap masa depan pekerja selepas bersara, serta pembangunan ekonomi negara.


"Penyelesaian jangka panjang bagi kita ialah mengkaji pelaksanaan elaun kos sara hidup dan pencen pekerja sektor swasta bagi mengurangkan belanja sara hidup, dan paling penting memastikan kita mempunyai mekanisme gaji progresif yang mengambil kira upah untuk sara hidup," kata Effendy.


Sementara itu tambahnya, MTUC melihat desakan pihak berkenaan bertentangan dengan Rancangan Tindakan Kebangsaan bagi Warga Emas, yang bertujuan untuk memperkukuhkan sistem perlindungan sosial bagi warga emas.


Berdasarkan bancian 10 tahun 2010-2020 tegasnya telah menunjukkan fenomena penuaan meningkat 6.8% berbanding 5% dan peningkatan peratusan kelompok berusia 65 tahun ke atas itu bakal menjadikan Malaysia negara tua menjelang 2030.


"Caruman KWSP untuk simpanan hari tua dan salah satu perlindungan yang terbaik untuk warga emas.


"Tuntutan untuk pengeluaran untuk kali kelima tidak wajar dalam keadaan semasa," tambahnya yang menyokong pendirian Perdana Menteri baru-baru ini bertegas tidak membenarkan simpanan KWSP dikeluarkan lagi bagi menjamin masa depan pesaraan pencarum.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page