top of page

Kurang bekalan: Minyak masak subsidi dijual sebagai minyak terpakai?



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti kemungkinan minyak masak peket bersubsidi disalahguna pihak tertentu dengan menjualnya sebagai minyak terpakai.


Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Selleh berkata, pihaknya bimbang perkara itu berlaku sehingga telah menyebabkan gangguan bekalan bahan itu di pasaran.


"Keperluan isi rumah selalunya dalam 4.8 kg sahaja sebulan, tapi peniaga mikro yang banyak guna, peniaga mikro ini guna lebih kurang 400 peket sebulan, macam kantin sekolah, peniaga cafe, selain daripada penjaja seperti peniaga goreng pisang dan keropok lekor.


"Kalau dulu mereka (peniaga mikro) mungkin menggunakan minyak masak sama berulang kali, tapi oleh kerana minyak masak terpakai pada hari ini harganya boleh dapat sehingga RM3.80 sekilogram maka peniaga tak perlu kitar banyak kali, tapi dijual (sebagai minyak terpakai)," katanya dipetik selepas merasmikan program Jualan Rahmah Berganda di Kangar pada Sabtu.


Fuziah sebelumnya diminta mengulas mengenai ketirisan berkaitan minyak masak peket bersubsidi susulan cadangan kementeriannya untuk menaikkan harga bahan itu.


Untuk rekod, sepeket minyak masak bersubsidi dijual pada harga RM3.50 sekilogram berbanding minyak masak terpakai boleh mencecah sehingga RM3.80 sekilogram.


Minyak masak terpakai boleh dikitar semula untuk dijadikan produk bukan makanan seperti biodiesel sebagai ganti bahan api fosil yang lebih mesra alam atau digunakan untuk membuat lilin, pencuci, sabun serta makanan haiwan.


Sementara itu, Fuziah ketika berkata kerajaan memperuntukkan sejumlah 60,000 metrik tan minyak masak bersubsidi setiap bulan dan ia sepatutnya mencukupi bagi menampung keperluan 5.8 juta isi rumah terdiri daripada golongan B40 dan sebahagian M40.

Kementeriannya kini sedang melakukan audit ke atas seluruh rantaian pengeluaran dan pembekalan minyak masak bersubsidi di seluruh negara bagi mengesan sebarang ketirisan.


"Audit ini akan selesai pada suku pertama tahun depan dan apabila audit itu selesai baru ada syor-syor berkenaan bagaimana tindakan yang seterusnya. Audit ini berkenaan dengan pelbagai perkara termasuklah berkenaan dengan isu-isu integriti berkaitan rantaian bekalan minyak masak ini.


"Sebab minyak masak ini kita ada Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (ECOSS) di mana sistem itu boleh monitor pergerakan minyak itu daripada penapisan kepada pembungkus semula, kepada pemborong dan kepada peruncit," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page