top of page

Kurang bekalan ayam: Kerajaan perlu bantu penternak Bumiputera tambah pengeluaran



Kekurangan bekalan ayam di pasaran akibat penternak ladang ayam skala besar mengadu rugi akibat kenaikan harga bahan makanan ternakan serta kawalan harga ayam proses oleh kerajaan memerlukan strategi baharu untuk menanganinya.


Bagi Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mokhtar, kerajaan boleh melaksanakan strategi meningkatkan pengeluaran ayam segar secara membantu penternak Bumiputera dalam memperbesarkan skala ladang ternakan mereka.


"Saya mencadangkan pihak kerajaan mengumpulkan semua penternak ayam Bumiputera muslim di Malaysia untuk dibantu dan di susun perniagaan mereka supaya lebih kemas. Saya bersedia untuk menguruskan sekiranya mana mana jabatan memberi mandat.


"Perkara ini bukan sahaja dapat membantu dan menjana ekonomi umat Islam di negara ini tetapi menyelesaikan isu monopoli dan kekurangan bekalan ayam di pasaran. Khidmat nasihat dan bantuan seperti pinjaman boleh diberikan oleh pihak berkaitan (kepada penternak Bumiputera)," katanya.


Untuk permulaan, kata Fakhrulrazi, mungkin kerajaan boleh membantu pengusaha kecil tersebut dari segi pemasaran dan persediaan modal menaik taraf reban ternakan.


"Mungkin kita boleh mulakan dengan beberapa pengusaha kecil dan bantu mereka dari segi memasarkan dan mencari pembeli tetap. Jabatan Pertanian, Fama dan lain lain mungkin boleh membantu," katanya.


Beliau juga menyarakan supaya kerajaan Persektuan memulakan usaha secara besar besaran mengeluarkan makanan ayam dalam negara dan tidak bergantung kepada import kerana bahan untuk dedak ayam hanyalah kacang soya dan jagung yang boleh ditanam di negara ini.


"Pihak kerajaan dicadangkan membuat program khusus kepada pengeluaran makanan ayam sendiri dan mengurangkan import.


"Usaha ini penting bagi memastikan harga ayam boleh dikawal dan dapat dijual dalam harga yang murah kepada pengguna akhir. Ini kerana harga yang tinggi bagi bekalan makanan ayam yang diimport pastinya memberi kesan kepada harga ayam segar. Selain itu juga ia akan memberi peluang baru dalam industri ini (perladangan) sebab ia amat berkaitan," katanya lagi.


Kenaikan harga makanan ayam sejak dua bulan ini menyebabkan banyak ladang ternakan mengurangkan pengeluaran atau menghentikan sama sekali


Peningkatan harga sukar dibendung kerana Malaysia terlalu bergantung kepada import jagung dan kacang soya. Terutama jagung yang diimport dari Ukraine dan Rusia, dua negara sedang berperang menyebabkan kekurangan bekalan dan harga naik begitu tinggi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page