top of page

Kuota internet tambahan percuma, pulangan tunai pakej prabayar hari raya



Pengguna talian pra bayar telefon akan menikmati kuota internet tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini.


Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Ahmad Fahmi Fadzil berkata para pengguna pakej prabayar akan menikmati kuota internet tambahan percuma dan pulangan tunai tersebut bagi tempoh tertentu bermula pada hari raya sehingga 31 Mei 2023.


Pakej hadiah hari raya itu katanya disediakan dengan kerjasama pengendali perkhidmatan prabayar.


"Inisiatif ini disediakan secara kerjasama strategik antara KKD melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi


"Kemudahan yang disediakan tertakluk kepada terma dan syarat syarikat penyedia perkhidmatan.


"Para pelanggan dinasihati untuk menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Fahmi lagi, banyak manfaat boleh disediakan oleh kerajaan secara rundingan bersama pihak swasta asalkan mempunyai polisi pro rakyat.


"Usaha Kerajaan dan semua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat ini selari dengan konsep Rahmah dalam meringankan kos sara hidup serta sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.


"Diharapkan kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pengguna pakej prabayar sempena musim perayaan ini," katanya lagi.


Pakej internet percuma akan memberi manfaat kepada pengguna talian prabayar khususnya dalam melakukan panggilan video bersama sanak saudara yang jauh atau menggunakan aplikasi panduan pemetaan destinasi seperti Waze atau Google Map untuk mengunjungi sanak saudara sepanjang perayaan.






0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page