top of page

Kunjungan Presiden Jokowi tingkat perdagangan, perkasa industri sawit



Lawatan kerja selama 2 hari Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi ke Malaysia dan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berjaya meningkatkan hubungan dagang dan memperkukuh industri sawit kedua dua negara.


Dalam ucapan menyambut lawatan Jokowi, Datuk Seri Anwar berkata perbincangan dua hala yang dilaluinya ibarat perundingan keluarga dan dipermudahkan dalam kerangka negara bersaudara.


"Ini terbukti dalam hubungan dua hala, dalam mana mana negara di dunia, peningkatan hubungan kerjasama dalam masa yang singkat ini luar biasa


"Termeterainya beberapa memorandum persefahaman selain bidang kerjasama polis Malaysia dan polis Indonesia, juga Menteri Pertahanan Indonesia dan Malaysia, walau tidak tercatat tetapi kerjasama dua hala itu (bergerak) ke tahap membanggakan dan akan memberi manfaat bukan sahaja kepada kerajaan tetapi kepada rakyat," katanya.


Perbincangan hari ini, menurut Anwar, telah memutuskan beberapa perkara terutama dalam isu isu yang telah sekian lama tertangguh.


Perbincangan membina antara PM DS Anwar dan Presiden Jokowi - Foto Jabatan Perdana Menteri

Selain itu perbincangan juga, katanya, amat baik dalam soal perdagangan dua hala, pelaburan langsung asing (FDI) Indonesia yang dipermudah, soal Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia dan sokongan kuat Malaysia kepada pembangunan ibu kota baharu Indonesia, Nusantara.


"Dari segi perdagangan itu sangat penting. Itu kita beri penumpuan yang lebih dalam memorandum persefahaman ini tentang FDI, pelaburan di sempadan dipermudahkan.


"Termasuk soal pekerja TKI dan soal sempadan. Cara kita mendukung ibu negara Indonesia di Kalimantan ialah untuk memperkukuh sempadan dan kembalinya saya dari Indonesia (Januari lalu) dalam Belanjawan (2023) kita peruntukkan RM1 bilion bagi memperkukuh badan berkanun dan kastam, imigresen dan insfrastruktur asas (jalan raya penghubung). Ini cara kita beri dukungan kepada Indonesia dalam rangka membina ibu kota," katanya.


PM juga berkata, buat pertama kali Malaysia dan Indonesia bersetuju memperjuangkan secara bersama isu sawit menghadapi negara negara maju Barat sehingga dianggap 'kartel baharu sawit' telah bermula.


"Presiden (Jokowi) tegaskan untuk memelihara pengeluaran (kuantiti dan harga) sawit bukan sahaja syarikat besar tetapi juga pekebun kecil


"Kita sambut dengan baik dan kita ucap tahniah dan kedua dua menteri buat pertama kali, dua negara Malaysia - Indonesia pertahan kepentingan sawit," katanya.


Kedua dua negara juga, kata PM, meneruskan kerjasama mengenai menangani jerebu, peningkatan soal kebudayaan, pendidikan, dakwah Islam sederhana yang mana Malaysia boleh menggunakan pengalaman di Indonesia untuk digunapakai di negara ini.


Antara perjanjian yang berjaya ditandatangani dalam lawatan Jokowi kali ini adalah Perjanjian Lintas Sempadan Antara Malaysia dan Indonesia, Perjanjian Berkaitan Persempadanan Laut Wilayah Kedua-dua Negara di Bahagian Paling Selatan Selat Melaka dan Persempadanan Laut Wilayah Dua Negara di Laut Sulawesi yang telah tertangguh berpuluh tahun lamanya kerana birokrasi kerajaan yang lalu.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page