top of page

Kumaresan agih 50 baucar bantuan sekolah kepada KEADILAN Cabang Tanjong

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Kumaresan (berbaju kuning) mengagihkan baucar kepada anggota KEADILAN Cabang Tanjong
Kumaresan (berbaju kuning) mengagihkan baucar kepada anggota KEADILAN Cabang Tanjong

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A Kumaresan telah mengambil inisiatif menyampaikan sebanyak 50 baucar bantuan sekolah bernilai RM100 setiap seorang kepada ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Tanjong yang memerlukan, sebagai persediaan anak-anak mereka untuk memulakan sesi persekolahan minggu hadapan.


Menurut beliau, inisiatif tersebut bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa khususnya dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.


"Saya telah mengambil inisiatif untuk menyampaikan 50 baucar bantuan sekolah bernilai RM100 seorang kepada ahli-ahli Cabang KEADILAN Tanjong yang memerlukan sebagai persediaan anak-anak mereka memulakan sesi persekolahan," katanya dalam muat naik di media sosial.


Tambah Kumaresan, walaupun nilai bantuan tersebut tidak besar, beliau berharap dapat memberi sedikit kelegaan kepada keluarga yang terlibat.


"Semoga bantuan yang sedikit ini dapat meringankan beban ibu bapa," ujarnya.


Beliau menegaskan bahawa kebajikan ahli parti bukanlah perkara sampingan, sebaliknya merupakan tanggungjawab yang perlu diberi perhatian secara berterusan oleh kepimpinan parti.


"Seperti yang dijanjikan semasa kempen pemilihan, komitmen untuk membantu dan membela ahli Cabang KEADILAN Tanjong akan terus dilaksanakan sebaik mungkin," katanya lagi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page