top of page

Kukuhkan ringgit: Belilah produk buatan Malaysia, kurangkan import



Pembangkang sering menyalahkan Kerajaan Madani berikutan kejatuhan nilai ringgit.


Biar pun diberitahu kejatuhannya diakibatkan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat yang menyebabkan matawang dolar semakin mengukuh dan kelembapan ekonomi China, namun kritikan mereka tidak pernah dialih daripada menyalahkan kerajaan.


Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, rakyat Malaysia terutama penyokong pembangkang sebenarnya mempunyai peranan dalam mengekal atau mengukuhkan nilai ringgit.


Katanya, kerajaan setiap hari memikirkan dasar yang sesuai bagi mengembalikan nilai ringgit pada kedudukan sebelum ini namun rakyat juga boleh mengukuhkan nilai matawang itu dengan berusaha membeli barangan buatan Malaysia.


"Sementara kita menunggu Kerajaan melakukan perubahan dasar, adalah penting untuk kita bertanya kepada diri sendiri, apakah yang boleh kita lakukan sebagai rakyat untuk membantu ringgit?


"Pemegang terbesar ringgit ialah rakyat Malaysia. Kita secara kolektif mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu.


"Kita mulakan dengan barangan runcit. Kita membeli makanan setiap minggu. Kedai runcit penuh dengan pilihan. Tetapi, apabila saya melihat dengan lebih mendalam produk tersebut, saya terkejut apabila mengetahui lebih 60% produk yang dijual di sana adalah produk import, terutama kedai di kawasan bandar.


"Tetapi masih banyak hasil tempatan untuk dipilih. Sebagai contoh, beli buah oren atau beli tembikai tempatan? Beli sayur brokoli import atau beli brokoli Cameron Highland?


"Saya suka air berkarbonat, patutkah saya membeli Pellecrino Itali atau Spritzer buatan Malaysia?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Sekiranya rakyat Malaysia patriotik, ujar Tze Tzin, ringgit tidak akan mengalir keluar disebabkan membeli produk import.


Tindakan tidak membeli produk itu, katanya, bukan untuk selama lamanya tetapi sementara waktu sehingga nilai ringgit pulih.


Meskipun perbuatan tersebut usaha yang kecil, namun menurut Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN itu, sekiranya 33 juta rakyat melakukannya, jumlah yang boleh diselamatkan adalah berpuluh bilion ringgit kerana import makanan Malaysia misalnya melebihi RM60 bilion setahun.


"Kita boleh membantu mengukuhkan ringgit dengan melakukan sedikit perubahan dalam pilihan harian. Apabila kita membeli sesuatu, lihat pada pilihan yang kita ada.


"Jika hanya ada produk penting seperti bawang yang tiada di Malaysia maka tiada pilihan. Tetapi, kita mempunyai pilihan dalam banyak produk lain.


"Usaha rakyat kerdil yang sedar untuk membeli produk tempatan ini akan membantu mengukuhkan ringgit. Belilah Produk Malaysia," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page