top of page

MKN perlu distrukturkan semula, pelihara kedaulatan negara - Shamsul Iskandar


Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar bin Mohd Akin mencadangkan supaya Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaksanakan penstrukturan semula.


Beliau berkata, ini bagi menangani pelbagai isu keselamatan negara serta pencerobohan asing dengan lebih efisien pada masa akan datang.


“Sejak peristiwa 13 Mei 1969 kita telah mula membuat atau melakukan beberapa perubahan struktur berkaitan dengan Majlis Keselamatan Negara iaitu Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Jawatankuasa Am Sempadan Malaysia–Thailand, Jawatankuasa Am Sempadan Malaysia–Indonesia, Pasukan Petugas Khas Pendatang Haram Vietnam, Jawatankuasa Penyelaras Pencegahan Penyeludupan dan Jawatankuasa Antidadah Kebangsaan.”


“Saya percaya objektif yang strategik bagi penubuhan ini adalah untuk menerajui penggubalan dasar dan pengurusan keselamatan negara secara komprehensif, bersepadu dan berkesan. Mendukung dasar-dasar keselamatan negara, memelihara hak-hak kedaulatan dan kepentingan strategik negara, mengukuhkan lagi ketahanan nasional, menerajui komuniti keselamatan negara, mengoptimumkan kolaborasi dan perkongsian sumber dan mempertingkatkan kapasiti dan kompetensi organisasi," katanya di Dewan Rakyat.


Shamsul juga percaya penstrukturan semula MKN adalah lebih baik berbanding penambahbaikan undang-undang sedia ada yang sebelum ini tidak begitu komprehensif dan berkesan.


"Pelbagai isu ini, saya percaya telah pun dalam usaha kita untuk memastikan Malaysia berdaulat, aman dan ditangani dengan begitu efektif dengan penubuhan MKN ini.”


“Saya percaya antara yang telah dicadangkan oleh kerajaan pada hari ini adalah untuk meminda peruntukan tentang Perdana Menteri ini dengan memberikan kuasa atas nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page