Kuatkan sayap Wanita, kuatkan parti menuju PRU 15 - Fadhlina Sidek



Kemenangan saat akhir Senator Fadhlina Sidek dalam persaingan jawatan Ketua Wanita KEADILAN Malaysia bukanlah semata mata kejayaan individu.


Sebaliknya kata beliau, kemenangan tersebut untuk semua anggota Wanita KEADILAN dan seterusnya kepada parti dalam meraikan demokrasi Pemilihan 3 tahun sekali.


"Buat semua anggota yang menterjemahkan sokongan dalam bentuk undi, serta meminjamkan pundak dalam mengangkat agenda kepedulian sayap dan partisipasi merentas sempadan umur, kaum dan agama. Andalah pemenang utama dalam pemilihan kali ini.


"Pesta demokrasi parti ini tidak akan meriah tanpa pertembungan idea dan tawaran polisi. Justeru, saya juga berbesar hati dapat berpencak dengan nama besar yang banyak menyumbang kepada sayap, parti dan negara," katanya dalam perutusan kemenangan pagi ini.


Dalam pada itu, Fadhlina tidak lupa mengucapkan penghargaan kepada calon saingannya Rodziah Ismail yang banyak berjasa kepada parti sejak dua dekad lalu.


"Jazakillah setulusnya buat YB Rodziah Ismail yang telah menjadi kekanda yang banyak mengajar saya dalam mempertahankan sayap wanita Parti Keadilan Rakyat yang kami sama-sama cintai ini.


"Dalam membentuk derap langkah seterusnya, saya komited dalam memastikan mantra rangkulan reformasi dan Wanita Nadi KEADILAN ini dijayakan. Menang mungkin baru hari ini, tapi kerja sudah bermula jauh lebih lama," katanya.


Seusai Pemilihan, kata Fadhlina, sayap wanita perlu bersatu padu kembali untuk pertempuran yang amat sengit menghadapi BN - PN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 15


"Masanya telah tiba untuk kita memperkukuh saf dan barisan hadapan parti untuk merempuh dan meraih kemenangan sempena PRU ke 15 yang akan datang," katanya lagi.


Fadhlina diumumkan semalam sebagai pemenang Ketua Wanita KEADILAN Malaysia dengan meraih 18,923 undi, menewaskan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail yang mendapat 18,891 undi. Bagaimanapun sebelum ini dalam kiraan tidak rasmi Rodziah telah mendahului.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER