top of page

Kuasa penuh pengampunan Najib atas budi bicara Agong - Fahmi



Keterlibatan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam proses pengampunan ke atas bekas PM Najib Razak sekiranya terjadi hanya terhad pada urusan prosedur semata mata.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, jelas dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 42(1) kuasa memberi pengampunan kepada pesalah yang dihukum adalah di bawah Yang di-Pertuan Agong dan bukan atas nasihat Perdana Menteri atau seumpamanya sebagaimana digambarkan secara mengelirukan melalui komen komen di media sosial.


"Kita lihat di situ Perkara 42(1) memberi kuasa penuh kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memutuskan apa apa keadaan, apabila ada permintaan untuk mengurang atau melepaskan hukuman. Itu termaktub dalam Perkara 42(1).


"Ada yang menimbulkan persoalan tentang keberadaan PM dalam Lembaga Pengampunan tersebut tetapi kita rujuk Perkara 42(11) Perlembagaan yang menyatakan dengan jelas, bagi negeri Wilayah Persekutuan termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan yang memutuskan ialah Yang di-Pertuan Agong tetapi seorang menteri, kalau di negeri negeri lain, diwakili oleh sama ada Menteri Besar atau Ketua Menteri tetapi di Kuala Lumpur kepada Menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan, maka dalam konteks sekarang ialah PM sendiri.


"Bukan beliau ingin (terlibat) tetapi termaktub dalam Perlembagaan," katanya usai majlis Sumbangan Cahaya Ramadan kepada 300 orang peserta yang terdiri daripada golongan B40 dan asnaf di PPR Kerinchi, Pantai Dalam, semalam.


Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan itu juga berharap isu pengampunan berkenaan tidak dimainkan secara salah kerana sesiapa sahaja yang dihukum Malaysia boleh memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong dan tidak semestinya bekas PM atau ahli politik.


"Dalam mana aman kes, sesiapa yang ingin permohonan boleh masukkan. Memang itu berlandaskan undang undang tetapi yang memutuskan adalah Agong," katanya lagi.


Beliau juga mengesahkan perkara tersebut tidak dibawa ke mesyuarat kabinet dan sekiranya dibawa sekali pun beliau tidak boleh mengulasnya.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page