top of page

Kuasa Agong memanggil sidang Parlimen tidak harus dibatasi nasihat Jemaah Menteri


Kuasa Yang di-Paertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen tidak harus dibatasi oleh nasihat Jemaah Menteri seperti mana yang dinyatakan dalam kenyataan Peguam Negara sebelum ini.


Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, walaupun dalam pemerintahan Darurat namun Agong diberi kuasa tersendiri melalui Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 untuk menjalankan tugas-tugas keperlembagaan Baginda.


"Walaupun terdapat tafsiran Perlembagaan Persekutuan digantung termasuk peruntukan yang mewajibkan sidang Parlimen diadakan susulan dari Seksyen 18 dan Seksyen 14 (1) (a) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021, namun Seksyen 14 (1) (b) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 menzahirkan Parlimen masih beroperasi dan tertakluk kepada budi bicara Agong.


"Ia dinyatakan sebagai, “Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog, dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong.”


"Dalam erti kata lain, prinsip Demokrasi Berparlimen masih diiktiraf ketika Darurat dan ia terletak di tangan Agong untuk memanggil sidang Parlimen.


"Konsep Raja Berlembagaan tidak boleh berdiri sendiri tanpa dukungan prinsip Demokrasi Berparlimen. Malah tindakan Agong mengeluarkan titah Parlimen segera bersidang menepati konsep Raja Berperlembagaan, iaitu tujuannya memastikan hak rakyat didukung.

"Dalam masa sama, Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Agong adalah sebahagian dari komponen Parlimen Malaysia yang menyimpulkan peranan besar Baginda untuk mempertahankan Demokrasi Berparlimen," kata Faisal dalam satu kenyataan.


Oleh itu, menurut beliau, titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja pada 16 Jun lalu agar sidang Parlimen diadakan secepat mungkin tanpa nasihat dari Perdana Menteri atau Jemaah Menteri merupakan satu tindakan menepati Perlembagaan Persekutuan malah tidak bercanggah dengan konsep Raja Berperlembagaan serta mengangkat prinsip Demokrasi Berparlimen.


"Namun, sekiranya kuasa Agong untuk memanggil sidang Parlimen ketika Darurat tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri, maka seolah-olah prinsip pengasingan kuasa antara Eksekutif dan Legislatif tidak berlaku, maka ia terbuka kepada penyalahgunaan kuasa oleh badan Eksekutif," katanya.


Faisal memetik tulisan Prof Owen Hood Phillips dalam buku Constitutinal and Administrative Law (1973) yang menyatakan:


“Political liberty is to be found only when there is no abuse of power. But constant experience shows us that every man invested with power is liable to abuse it and to carry his authority as far as it will go ... To prevent this abuse, it is necessary from the nature of things that one power should be a check on another ... When the legislative and executive powers are united in the same person or body there can be no liberty. Again, there is no liberty if the judicial power is not separated from the legislative and the executive ... There would be an end of everything if the same person or body, whether of the nobles or of the people, were to exercise all three powers”


Justeru, menurut Faisal lagi, titah Yang di-Pertuan Agong wajar ditaati oleh pentadbiran PM Mahiaddin Yassin dengan segera menetapkan tarikh persidangan Parlimen dalam waktu terdekat.


"Titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu untuk memanggil sidang Parlimen tidak harus dikesampingkan atas batasan nasihat pihak Eksekutif memandangkan ia satu-satunya jalan untuk memastikan kuasa Eksekutif disemak dan imbang ketika Darurat, lebih-lebih lagi sewaktu kehidupan rakyat yang semakin tenat," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page