top of page

KTMB perhalusi garis panduan sewaan khas, jaga kepentingan awam



Oleh: Abdullah Zaid


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memberi jaminan akan menambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khasnya (Charter Train) demi kepentingan orang awam dan syarikat tersebut.


Hal itu susulan kontroversi penganjuran pesta hiburan sempena ulang tahun 'Pinkish Festival' di tren sewa khas yang membuat perjalanan pergi dan balik dari Stesen Kuala Lumpur ke Serendah pada 16 Mei lalu.


Menerusi satu kenyataan, KTMB memaklumkan pihak penyewa berkenaan telah mematuhi syarat ditetapkan oleh pihaknya.


"KTMB telah menetapkan syarat-syarat seperti larangan merokok, alkohol, penggunaan dadah dan tidak melakukan perkara yang boleh melanggar undang-undang dan ia telah dipersetujui dan dipatuhi oleh pelanggan kami.


"Peranan KTMB adalah sebagai penyedia perkhidmatan di mana kami menyediakan keseluruhan tren dan koc-koc mengikut permintaan pelanggan dan aktiviti yang direncana ditentukan sendiri oleh pihak pelanggan mengikut garis panduan dan terma-terma yang telah ditetapkan," katanya.


Dalam kenyataan sama, KTMB memaklumkan syarikat itu telah memperkenalkan perkhidmatan Charter Train sejak September 2021 kepada syarikat atau individu yang berminat untuk membuat sewaan tren khas.


"Perkhidmatan ini mendapat sambutan menggalakkan dan pernah disewa khas oleh pihak-pihak kementerian, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta dari dalam dan luar negara serta persatuan-persatuan," menurut kenyataan itu lagi.


Sebelum ini, tular beberapa klip video memaparkan sebuah acara hiburan yang berlangsung di gerabak milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sejak Sabtu.


Menerusi beberapa foto dan klip yang tersebar di media sosial memaparkan suasana pengunjung yang dilihat menari sambil mendengar lagu yang dipasang oleh DJ di dalam tren yang sedang bergerak.


Susulan itu, pihak KTMB mendapat banyak kritikan negatif yang mempersoalkan penganjuran parti berkenaan di atas tren KTM yang dianggap sebagai tidak selari dengan prinsip Malaysia Madani dan tidak berfaedah.

0 comments

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page