top of page

KRT jadi benteng perpaduan, pemangkin pembangunan komuniti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 22
  • 1 min read

Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang menjangkau usia 50 tahun ini bukan hanya berperanan menjaga keselamatan kawasan kejiranan, malah menjadi ejen penting perpaduan antara masyarakat setempat.


Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Saraswathy berkata, dalam usaha mengukuhkan semangat perpaduan di kalangan rakyat, pihak kerajaan melaksana pelbagai inisiatif bagi menggalakkan penglibatan golongan belia dalam aktiviti dianjurkan.


Antara yang diperkenalkan ialah program Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Progresif yang antara lain melibatkan pelaksanaan projek ekonomi bagi meningkatkan pendapatan isi rumah termasuk belia.


"KRT bukan hanya disertai golongan dewasa, malah kita sangat galakkan golongan belia menyertai KRT supaya memainkan peranan di kawasan masing-masing, dan kita mengadakan pelbagai program untuk menarik golongan ini.


"Perpaduan perlu dijadikan sebagai budaya hidup, bukan hanya semangat bermusim dan kita perlu sama-sama menjunjung prinsip Rukun Negara dengan mengamalkan nilai faham, hormat dan terima," katanya dipetik.

Saraswathy ditemui pemberita selepas merasmikan Minggu Perpaduan Peringkat Terengganu di Arena Square di Kemaman pada Sabtu.


Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Maliaman Kassim.


Sehingga kini menurut Saraswathy, terdapat 8,565 KRT yang berdaftar di seluruh negara yang menjadi bukti jelas bahawa semangat kesukarelawan dan nilai muafakat terus subur dalam kalangan rakyat Malaysia.


Daripada sebuah pasukan keselamatan komuniti, KRT kini telah berkembang kepada satu gerakan akar umbi yang menyentuh pelbagai aspek kejiranan, kesejahteraan sosial, pendidikan, ekonomi komuniti dan pemuliharaan budaya.


"Anggota rukun tetangga juga bersama polis berperanan menyelesaikan pelbagai isu yang timbul," katanya lagi.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page