top of page

Kritik sesama PH dengan berhemah, jangan undang perpecahan - Farhash



Kritikan Setiausaha Pemuda DAP Eric Teh Hoong Keat ke atas langkah berstrategi Pakatan Harapan (PH) untuk tidak meminta undi belah bahagi dalam sesi pengundian Belanjawan 2021 perlu dibuat secara lebih berhemah.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, cadangan agar DAP berpisah dari PH tidak wajar diutarakan ketika perbahasan dan sesi pengundian selanjutnya masih berjalan.


"Setiausaha Pemuda DAP Eric Teh Hoong Keat perlu lebih berhemah dengan teguran sekiranya tidak bersependapat dengan arahan pimpinan Pakatan Harapan.


"Cadangan untuk pertimbangan 'berpisah' dengan KEADILAN dan menyusun semula barisan pembangkang hanya mengundang perpecahan dan jika ini pemikiran yang wujud di dalam PH, maka apa gunanya meletakkan amanah dan kepercayaan kepada pemimpin?" tanyanya.


Sehubunghan itu, Farhash menyeru agar pemimpin dan penyokong PH terus berdiri teguh di belakang Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam meneruskan perjuangan menyemak Belanjawan 2021.


"Belanjawan 2021 masih belum diluluskan dan usaha pembangkang belum dipatahkan lagi. Kita hanya mengambil langkah jangka masa panjang dan berharap rakyat memahami serta bersabar buat masa ini.


"Saya berharap pemimpin KEADILAN mahupun PH berdiri teguh bersama Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan kebajikan rakyat terjamin pada masa yang sama mengembalikan mandat rakyat," katanya lagi.


Semalam Setiausaha Pemuda DAP mengkritik langkah tidak meminta undi belah bahagi dilakukan. Beliau didakwa menyuarakan pandangan penyokong pembangkang yang tidak berpuas hati PH tidak mencuba segala taktik dalam menolak Belanjawan 2021.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page