top of page

Kritik Nurul: Puad Zarkashi jangan masuk campur urusan KEADILAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 31
  • 2 min read


Cadangan Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar untuk meneruskan idea baik yang diasaskan Datuk Seri Rafizi Ramli sama ada dalam kerajaan ataupun di luar merupakan urusan dalaman parti yang tidak perlu dipertikaikan oleh pemimpin parti lain.


Bagi Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Kota Raja, Danish Hairudin (gambar), kritikan pemimpin UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang mahu Nurul Izzah berterus terang idea baik apa yang telah disumbangkan Rafizi dan perlu diteruskan adalah sangat tidak wajar.


"Sebagai pemimpin UMNO Datuk Dr Mohd Puad seharusnya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh partinya sendiri dan tidak mencampuri urusan dalaman KEADILAN.


"Serangan beliau yang menyifatkan usaha menyambung legasi dasar reformis Rafizi Ramli sebagai “drama politik” bukan sahaja dangkal, tetapi juga mencerminkan ketakutan sesetengah pihak terhadap kebangkitan idealisme politik yang bersih dan berprinsip.


"Nurul Izzah Anwar merupakan tokoh reformasi yang telah lama berjuang demi prinsip keadilan dan tadbir urus yang baik. Sokongannya terhadap idea dan dasar yang baik dibawa oleh Rafizi adalah manifestasi komitmen beliau terhadap agenda reformasi yang telah lama diperjuangkan oleh KEADILAN," kata Danish dalam kenyataan.


Menurut beliau, Puad perlu faham satu perkara asas iaitu sebagai bukan anggota KEADILAN, Speaker DUN Johor itu tiada hak moral mahupun politik untuk mencampuri urusan dalaman dan halatuju parti komponen Perpaduan.


"Saya menegaskan bahawa pemimpin politik seharusnya mengamalkan politik matang dan tidak menyerang peribadi pemimpin parti lain.


"Saya menyeru agar semua pihak menghormati autonomi parti masing-masing dan mengelakkan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian sesama parti komponen Kerajaan Perpaduan," katanya.


Tegas Danish, politik Malaysia perlu memberi laluan kepada ahli politik yang lebih muda dan mempunyai pemikiran segar.


Hal itu, katanya, bersesuaian dengan kemenangan Nurul Izzah di posisi timbalan presiden yang mengetengahkan suara anak muda, wanita serta reformis berani, bukannya suara-suara pemimpin lapuk yang 'hanya tahu menyerang dari luar pagar'.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page