top of page

Krisis kesihatan, kepimpinan dan ekonomi jadi tumpuan AMK di Parlimen


Ketua AMK, Akmal Nasir akan menumpukan kepada beberapa perkara bagi tujuan sesi soal jawab untuk persidangan Dewan Rakyat bermula pada 6 September ini.


Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, soalan-soalan yang dikemukakan berteraskan kepada 3 krisis utama iaitu krisis kesihatan, krisis kepimpinan (soal integriti, perbelanjaan negara) serta krisis ekonomi (pekerjaan, pemulihan pendapatan rakyat).


"Turut dibawa ke sidang Parlimen akan datang beberapa permasalahan berkaitan nasib anak muda serta mahasiswa dan soalan khusus berkaitan isu-isu rumah mampu milik termasuklah rumah PR1MA seperti yang telah AMK perjuangkan sebelum ini.


"Saya menyeru agar seluruh ahli Parlimen dapat menggunakan sesi Parlimen bulan depan untuk menumpukan sepenuhnya usaha dan tenaga bagi menangani nasib dan permasalahan rakyat yang telah terjejas teruk ekoran pandemik Covid-19," katanya.


Justeru, beliau berharap krisis politik yang telah berlarutan ini akan sampai ke titik penguhujungya minggu ini.


"Seterusnya, pihak kerajaan dan pembangkang perlu segera menjalin kerjasama dan persefahaman yang baik bagi memastikan soal kesihatan dan ekonomi rakyat tidak terus terpinggir.


"Semoga kita semua dapat melangkaui isu politik dan tumpukan kepada permasalahan rakyat jelata insya-Allah," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page