Krisis FAM: Penyokong jangan hilang semangat
- Suara Keadilan

- Feb 2
- 1 min read

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari (gambar) menyeru penyokong bola sepak tempatan agar tidak hilang semangat susulan krisis yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
"Bola sepak menjadi antara sukan yang mempunyai ramai peminat, jadi saya harap FAM dapat menyelesaikan isu ini dengan baik, teratur, tertib dan dengan penuh hikmah," katanya dipetik.
Beliau berkata begitu kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam di Sungai Petani, semalam.
Krisis FAM tercetus sejak September lalu selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan FAM serta tujuh pemain didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC).
Pada Rabu lalu, semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2025–2029 meletakkan jawatan secara beramai-ramai.
Mengulas perkara itu, Dr Mohammed Taufiq berkata beliau menghormati keputusan Exco FAM dan berharap badan induk itu membuat keputusan terbaik demi masa depan bola sepak negara, namun enggan mengulas lanjut.
Dalam masa sama beliau yakin sukan bola sepak akan terus mendapat sokongan peminat meskipun berdepan pelbagai isu.




Comments