top of page

Kredibiliti wanita tidak harus dipandang rendah oleh pimpinan tertinggi KEADILAN


Ketua Wanita KEADILAN Cabang Tangga Batu, Fadilah Salleh menyeru supaya kredibiliti wanita tidak dipandang rendah oleh barisan pimpinan tertinggi parti.


Beliau yang mewakili Wanita KEADILAN Melaka berkata, wanita juga mampu menjadi pemimpin setanding dengan pemimpin lelaki.


"Pepatah ada mengatakan, tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Wanita tempatnya di dapur dahulu, kedengaran tidak relevan lagi untuk dijadikan alasan.


"Hasilnya wanita telah berubah dan lahirnya wanita yang boleh berhadapan dengan berjiwa pemimpin seiring setanding dengan kaum lelaki.


"Ini jelas dibuktikan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wanita yang menjadi contoh terbaik apabila melakar sejarah menjadi wanita pertama Malaysia sebagai timbalan perdana menteri.


"Justeru, saya menyeru supaya kredibiliti wanita tidak dipandang rendah oleh pimpinan tertinggi sama ada di peringkat negeri mahupun pusat," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Wanita KEADILAN dalam Kongres Nasional hari ini.


Pada masa sama, Fadillah juga berharap KEADILAN dapat menjadi sebuah organisasi yang lebih mantap di masa akan datang.


"Wujudnya sikap pilih kasih di mana pendapat dan pandangan tidak diterima sehingga disabotaj. Dalam situasi ini ketua harus bijak memainkan peranan dan menangani masalah ibarat ibu yang memberikan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada setiap anak.


"Saya bukan mahu menunding jari menyalahkan atau memburukkan keadaan dalam sesebuah organisasi dan saya tidak bersikap prejudis kepada sesiapa.


"Melaka terkenal sebagai pusat pelancongan terdapat pelbagai peluang perniagaan boleh membantu ahli parti sewaktu memerintah dahulu namun 100 peratus Umno memiliki perniagaan disebabkan kebijaksanaan mereka merebut peluang walaupun mereka pembangkang sedangkan ketika itu kita leka dibuai mimpi kemenangan dan menyusun atur jawatan sewaktu menjadi kerajaan.


"Kenapa kita tidak membantu di saat berpeluang. Sayangnya nasi sudah menjadi bubur kita berbalik semula menjadi pembangkang. Pengalaman lalu mengajar dan mendewasakan kita, bagaimana kita nak mengambil hati semula ahli-ahli kita yang kecewa, marah dan sedih.


"Harapan saya marilah kita reset minda bersama-sama, bersatu hati tidak kira apa jua keadaan untuk terus membantu ahli parti agar mereka tidak rasa dipinggirkan," katanya.

0 comments

Коментарі


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page