top of page

KPM terima semua pandangan perkukuh usaha tangani buli di sekolah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 22
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Pendidikan (KPM) mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan bagi memperkukuh aspek keselamatan serta menangani gejala buli di semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu.


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, beliau sedia meneliti semua cadangan mengenai usaha itu termasuk membabitkan sokongan psikososial, latihan kepada guru dan warden, modul pendidikan untuk ibu bapa, pemantauan di institusi pendidikan, serta pelan anti-buli.


"Usaha untuk memerangi salah laku buli dan memastikan ekosistem selamat di institusi pendidikan adalah tanggungjawab kita bersama. Saya akan teliti semua cadangan.


"Pada waktu ini, KPM turut sedang melaksanakan beberapa usaha penting bertujuan untuk memperkukuhkan aspek keselamatan di institusi pendidikan. Ini termasuk dengan melaksanakan audit keselamatan, memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan menubuhkan jawatankuasa reformasi keselamatan," katanya menerusi catatan di Facebook.


Pada Khamis beliau menerima memorandum berkenaan tambah baik pemantauan keselamatan dan usaha bagi menangani salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM).


Sementara itu menurut Fadhlina, kementeriannya telah mengumumkan pelaksanaan beberapa langkah penting dalam menangani isu buli termasuk audit keselamatan, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah.


Turut dilaksana ialah tambah baik sistem portal Aduan Buli, penubuhan jawatankuasa reformasi keselamatan, program intervensi 'Bangkit Bermaruah' dan pengukuhan aspek psikososial.


Selain itu, satu sesi Taklimat Langkah-Langkah Memastikan Keselamatan Murid dan Warga Institusi Kementerian Pendidikan (KPM) telah diadakan bersama Ahli Parlimen Kelab Penyokong Kerajaan MADANI semalam.


Sesi taklimat tersebut tegasnya penting bagi memberi penerangan mengenai usaha yang dilaksanakan KPM bagi memastikan hasrat mewujudkan ekosistem selamat di sekolah tercapai.


"Saya mengambil maklum semua sumbang saran yang telah diberi demi kesejahteraan anak-anak, guru dan seluruh warga pendidikan," katanya dalam satu hantaran lain.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page