top of page

KPM siasat dakwaan pelajar OKU dibuli di sekolah - Menteri



Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung dakwaan seorang pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) dibuli oleh gurunya di sekolah.


Menterinya Fadhlina Sidek berkata, semua pihak termasuk sekolah terbabit sudah dikenal pasti dan kementerian akan melibatkan banyak pihak bagi membantu siasatan dalam isu berkenaan.

"InshaAllah kami akan tangani mengikut proses kerja… setakat ini kes dalam siasatan dan kami akan pastikan proses itu berlangsung dengan baik," katanya dipetik dalam satu program kementerian di Shah Alam pada Selasa.


Pada Isnin, media tempatan melaporkan, seorang pelajar perempuan OKU di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi sebuah sekolah didakwa sering dibuli sehingga mengalami trauma.


Kakak remaja tersebut nekad mendedahkan perkara tersebut di laman sosial selepas mendapati trauma adiknya menjadi semakin teruk.


Dalam masa sama, wanita itu turut mendakwa guru tersebut sering menengking dan memulaukan adik perempuannya yang berada di tingkatan dua hingga dia enggan lagi ke sekolah.


Sementara itu, Fadhlina meminta orang ramai untuk menggunakan semua saluran yang disediakan seperti Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) dan platform media sosial kementerian untuk membuat aduan berkenaan kes buli atau aduan umum lain.

"Kami nak jemput masyarakat untuk menggunakan saluran yang betul supaya kami dapat tangani semua isu dengan lebih efisien dan efektif berdasarkan proses dan alur kerja kita," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page