top of page

KPM sasar kembalikan sistem pembelajaran satu sesi - Fadhlina



Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyatakan hasrat kementeriannya untuk menjadikan semua sekolah di seluruh negara mempunyai sistem satu sesi pembelajaran.


Jelasnya, tumpuan diberikan bagi memastikan usaha berkenaan terlaksana, namun beberapa perkara termasuk isu sekolah padat perlu diatasi terlebih dahulu sebelum usaha itu dapat dilaksana.


"Kita (KPM) sebenarnya memberi tumpuan untuk memastikan semua sekolah yang ketika ini mempunyai dua sesi menjadi satu sesi (pada masa akan datang).


"Jadi, ia memerlukan banyak perancangan dan penglibatan daripada pihak bagi memastikan isu-isu ini selesai dengan baik," katanya.


Beliau berkata begitu pada ucapan ketika merasmikan Tapak Projek Hab Pendidikan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sunsuria di Sepang pada Sabtu.


Pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sunsuria diusahakan kumpulan hartanah terkemuka, Sunsuria Berhad (Sunsuria) dilaksanakan menerusi kaedah inisiatif derma dan bina. Projek pembinaan sekolah di atas tanah seluas 6.07 hektar itu dijangka bermula tahun ini.


Sementara itu, menyentuh lebih lanjut mengenai permasalahan sekolah padat, Fadhlina berkata keadaan tersebut berlaku di lokasi bandar-bandar berpendudukan tinggi yang mengalami pengembangan kawasan.


Kawasan kejiranan jelasnya sudah berkembang dengan pesat dan mendadak, menyebabkan keperluan untuk anak-anak bersekolah meningkat secara drastik.


KPM sebelum ini menjelaskan, pihaknya sudah merancang intervensi jangka pendek dan panjang bagi menyelesaikan isu itu.


Ia antara lain melibatkan pembinaan dan penggunaan kabin di sekolah selain menyuraikan pelajar ke sekolah berdekatan supaya bilangan pelajar dapat dikawal dalam suasana kondusif untuk belajar selain membina sekolah baharu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page