top of page

KPM perhalusi kaunseling, aduan tanggani isu buli di sekolah


Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan kes buli di sekolah setakat Oktober lalu adalah sebanyak 4,994 kes.


Justeru Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying (PH - Tanjong) berkata kesemua kes tersebut sudah disiasat dan tindakan susulan seperti sesi bimbingan dan kaunseling sedang dilakukan.


"Usaha untuk menangani kes buli ini bukan hanya melibatkan pihak sekolah tetapi juga memerlukan kerjasama ibu bapa, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti.


"Justeru, tujuan kami untuk memastikan kes buli dapat dikurangkan dan pembuli serta mangsa buli dapat diberikan bimbingan yang sewajarnya," kata beliau sewaktu Waktu Pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat, hari ini.


Hui Ying berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH - Balik Pulau) berkaitan kes buli di sekolah dan langkah menangani masalah itu.


Mengulas lanjut, bagi mengatasi masalah buli, Hui Ying berkata, kementerian pada ketika ini bercadang menambah bilangan guru kaunseling sekiranya kes berkenaan terus meningkat.


Jelasnya, langkah itu diambil bagi menangani masalah buli selain pihak kementerian juga dapat mengetahui punca sebenar kes buli tersebut berlaku.


"Sekiranya, kes buli terus meningkat, pihak KPM akan menambah bilangan guru bimbingan kaunseling kerana kaunselor ini dapat mengambil tindakan terhadap kes buli.


"Oleh itu, mereka (pembuli) dapat diberi kesedaran yang sepatutnya dan kita (KPM) juga tahu kenapa kejadian buli dan mengapa mereka melakukan buli," ujarnya.


Dalam pada itu, tambah beliau KPM juga mempelbagaikan platform bagi untuk membolehkan murid, ibu bapa dan orang awam membuat aduan terus kepada kementerian dan maklumat yang disalurkan itu dijamin dilindungi.


"Terdapat empat saluran utama untuk aduan buli iaitu menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam, e-mel, talian telefon dan aplikasi Whatsapp," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page