top of page

KPM pantau, pastikan tiada murid tercicir habiskan persekolahan



Intervensi dan pemantauan ke atas murid berisiko cicir akan terus dilaksana Kementerian Pendidikan (KPM) agar golongan itu dapat menghabiskan persekolahan mereka.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, langkah itu bagi memastikan hak setiap anak bangsa untuk memperoleh kesaksamaan pendidikan dapat dipenuhi.


"Semua anak bangsa yang tinggal di negara ini berhak memperoleh kesaksamaan pendidikan walau di mana ceruk atau pojok tanah air mereka berada.


"Kementerian sangat perihatin akan masalah pendidikan khasnya isu keciciran di kalangan pelajar, KPM sentiasa mencari jalan ke arah sifar keciciran.


"Maka pemantauan dan intervensi (campur tangan) pihak sekolah ke atas pelajar yang berisiko tercicir akan diteruskan agar mereka terus bersekolah hingga tamat tingkatan lima," katanya.


Fadhlina yang juga Ketua Wanita KEADILAN membuat ketegasan tersebut melalui satu hantaran di laman Facebooknya sempena sambutan tahun baharu 2023.


Melalui perutusan sama Fadhlina turut menekankan bahawa proses pencarian, pembinaan serta pengumpulan ilmu wajib dijadikan budaya penerokaan yang bersifat membina otak dan watak.


Bagi tujuan itu, katanya tujuh perkara teras akan dijadikan panduan kementerian dalam usaha mengemudi sistem pendidikan negara.


Tujuh teras berkenaan adalah komunikasi cekap dan telus antara kementerian serta sekolah; penekanan kepada aspek keramahan insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti; kemiskinan berbilang dimensi B40; keciciran pendidikan dan masalah literasi; kebajikan guru; ubah suai dan naik taraf sekolah daif terutama di Sabah dan Sarawak serta peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah


"Pendekatan untuk mengekalkan dasar sedia ada diangkat dan ditambah baik dengan pemantauan di peringkat implementasi


"Negara memerlukan sinergi antara guru, murid, ibu bapa serta komuniti yang merupakan kunci kejayaan pendidikan masa depan," katanya lagi sambil menzahirkan penghargaan buat warga pendidik.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page