top of page

KPM minta siasat akaun guru besar diguna kumpul dana ADUN PN



Oleh: Noraini Nordin


Kementerian Pendidikan mahu Unit Intergriti kementerian itu menjalankan siasatan berkaitan isu seorang guru besar yang akaun banknya didakwa digunakan untuk pengumpulan dana bagi penubuhan pusat khidmat seorang wakil rakyat PN.


Setiausaha Politik Menteri Pendidikan, ‘Atiqah Syairah Shaharuddin berkata, adalah diharapkan tindakan dan siasatan dapat dijalankan mengikut laras perundangan serta aturan tatatertib profesionalisme penjawat awam.


Sebelum ini tersebar di media sosial berkenaan sebuah poster melibatkan wakil rakyat PN DUN Ijok, Jefri Mejan yang memohon infaq bagi penubuhan pusat khidmat masyarakat untuk kegunaan beliau dan pegawainya.


Antara lain, sumbangan diperlukan bagi membeli set komputer, printer, perabot pejabat, peti ais, signboard, whiteboard, set sofa dan internet.


Bagaimanapun, akaun bank yang digunakan bagi tujuan tersebut menggunakan nama seorang guru besar sekolah kebangsaan.


Netizen mengecam tindakan pengumpulan derma itu kerana wakil rakyat sepatutnya menolong rakyat, bukannya memohon pertolongan daripada rakyat.


Namun yang lebih menjadi perhatian ialah kerana akuan bank yang digunakan melibatkan seorang penjawat awam.


Menurut ‘Atiqah, beliau telah menerima aduan melalui media sosial dan beberapa saluran lain berkenaan isu berkenaan yang melibatkan seorang guru besar yang menggunakan akaun bank peribadinya sebagai saluran bagi pengumpulan dana politik.


Katanya, dakwaan partisipasi atau penglibatan penjawat awam dalam politik kepartian telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan ibu bapa dan juga komuniti.


"Penglibatan pentadbir sekolah juga dilihat akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada pembangunan dan pengurusan sekolah," kata beliau dalam sepucuk surat kepada Ketua Unit Intergriti, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Seterusnya beliau dalam surat itu berkata, "besar harapan saya agar pihak puan dapat memastikan tindakan dan siasatan dijalankan mengikut laras perundangan dan aturan profesionalisme penjawat awam," tegas ‘Atiqah Syairah lagi.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page