top of page

KPM lulus bilik darjah tambahan di 18 sekolah padat Selangor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kelulusan segera pembinaan bilik darjah tambahan bagi 18 sekolah padat di Selangor


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (gambar) berkata, kelulusan itu dibuat hasil perbincangan bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor tanpa menunggu isu berkenaan menjadi tular di media sosial.

"Selepas meneliti intervensi jangka pendek, saya meluluskan segera semua pembinaan bilik darjah tambahan bagi sekolah-sekolah (padat) tersebut.


"Semua pembinaan bilik darjah tambahan bagi sekolah terlibat akan dilaksanakan segera secara berfasa," katanya menerusi perkongsian di Facebook.


Menerusi perkongsian sama, Fadhlina turut memaklumkan telah mengarahkan penambahan waran guru bagi menangani isu kekurangan guru di sekolah-sekolah padat berkenaan.


Menurutnya, Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 mengutamakan penyediaan suasana pembelajaran yang kondusif serta prasarana selesa bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.


Justeru, sekolah-sekolah baharu yang sedang dibina juga akan diberikan perhatian segera bagi memastikan perancangan pendidikan dapat memenuhi keperluan semasa.


Fadhlina sementara itu memaklumkan, mesyuarat susulan bersama JPN Kedah akan diadakan bagi menangani isu sekolah padat di negeri berkenaan, menandakan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan akses pendidikan yang adil dan saksama di seluruh negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page